Khamis, 29 Mei 2014

Kembara Bukit Tinggi, Padang (Part 4)

Day 4..Kota Padangn Hotel The Axana dan Jambatan Siti Nurbaya.....

Termenung sambil menikmati lagu-lagu minang di Hotel Axana......


















Kisah percintaan Siti Nurbaya dan Syamsul Bahri ini diceritakan oleh Pak Henry sehingga kami semua tengelam dalam penghayatan kisah ini...

Mengisahkan tentang percintaanyang tidak kesampaian sepasang kekasih Siti nurbaya dan Syamsul Bahri dimana akhirnya si gadis dikahwinkan  secara paksa.  Diceritakan Siti Nurbaya menpunyai wajah yang cantik jelita manakala si jejaka pula seorang yang tampan dan berasal dari keluarga bangsawan . Bapanya seorang penghulu iaitu Sultan Mahmud.

Siti Nurbaya adalah anak Baginda Sulaiman ,seorang saudagar kaya,sedangkan Samsul Bahri anak Penghulu Sutan Mahmud. Mereka sudah akrab sejak kecil  dan hubungan cinta mereka direstui oleh keluarga kedua belah. Setelah tamat sekolah, Syamsul Bahri melanjutkan pelajara dalam jurusan doktor di Pulau Jawa. Pasangan kekasih ini terpaksa berpisah demi masa depan mereka. Walau berjauhan mereka sering berkirim surat pengubat rindu.

Melihat kejayaan Baginda Sulaiman dalam perniagaan menyebabkan Datuk Maringgih merasa iri lalu menyuruh anak buahnya untuk menghancurkan harta kekayaan bapa Siti Nurbaya ini. Baginda Sulaiman jatuh miskin sehingga tak mampu membayar hutangnya kepada datuk Maringgih.
Datuk Maringgih mengancam akan memenjarakan baginda sulaiman kalau tak membayar hutang. Atau sebagai gantinya harus menyerahkan Siti Nurbaya untuk dijadikan isteri oleh Datuk Maringgih. Demi keselamatan orang tuanya, Siti Nurbaya bersetuju  menjadi isteri Datuk Maringgih. Perkara ini diceritakan  kepada samsul Bahri dan beliau berasa sangat marah.

 Pada suatu hari, Samsul Bahri pulang dan menemui Siti Nurbaya. Pertemuan ini diketahui oleh Datuk Maringgih sehingga menimbulkan kemarahannya yang menyebabkan Baginda Sulaiman yang sedang sakit lalu meninggal. Siti nurbaya ingin menyusul kekasihnya dengan naik kapal. Hal ini diketahui oleh Datuk Maringgih, maka ia pun menyuruh anak buahnya untuk membunuh Siti Nurbaya. Usaha ini gagal. Datuk Maringgih mengirim fitnah ke pelabuhan mengatakan bahwa siti Nurbaya mencuri, sehingga Siti Nurbaya ditangkap dan dipulangkan untuk diadili. Siti Nurbaya dinyatakan tidak bersalah, ia bebas. Datuk Maringgih tidak puas hati. Ia menyuruh seseorang untuk menjual lemang beracun kepada Siti Nurbaya. Siti Nurbaya meninggal karana lemang beracun itu. 

Di Jakarta Syamsul Bahri kecewa dan cuba membunuh diri namun tak berjaya. Sepuluh tahun kemudian beliau menyertai  tentara Belanda dan namanya bertukar menjadi Leftenan Mas. Dia dihantar ke Padang untuk menumpas pemberontakan yang dipimpin Datuk Maringgih.  Bekaiu berhasil membunuh Datuk Maringgih, namun Datuk Maringgih sempat melibaskan  pedangnya ke kepala Leftenan Mas.  Sebelum meninggal, beliau  sempat minta maaf daripada bapanya dan minta dikebumikan  di sebelah kuburg Siti Nurbaya.dan jambatan ini dibina sebagai lambang percintaan Siti Nurbaya dan Syamsul Bahri dan jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan Siti Nurbaya.......Hukhukhukhukhukhukhuk......sedih bangat ceritaya Pak Henry....ni nama nya setia hingga ke hujung nyawa.....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan