Day 1
Tanggal 17 Feb 2014, jam 8.00 am, kami seramai 12 orang telah menjejakkan kaki dengan selamatnya di Lapangan Terbang antarabangsa Minangkabau, Padang.yang hanya memakan masa selama 45 minit dari LCCT Sepang. Sampainya di Lapangan terbang Minangkabau kami di sambut oleh Pak Henrry selaku pemandu pelancong kami yang sungguh mesra dan peramah. melalui beliaulah kami mendapat pelbagai informasi tetang sejarah minang kabau, tempat-tempat menarik dan bahasa minangkabau yang penuh kiasan dan sangat halus.
Bandara Internasional Minangkabau
Tempat pertama yang dituju ialah restoran Lamun Ombak utuk bersarapan pagi..jomm.......
Selesai menjamu selera dengan makanan yang enak masakan padang kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi yang memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Dalam perjalanan tersebut kami singgah kebeberapa tempat yang menarik antaranya Wisata Air Terjun Lembah Anai. Airnya begitu dingin dan menurut Pak Henrry jika air disapu ke muka akan menyebabka awet muda...apa lagi kami pun mengambil peluang membasahkan muka masing-masing...emm....nyaman dan menyegarkan.......
Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di
Padang Panjang, yang membentang di samping jalan utama antara Padang dengan Bukit
Tinggi. Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak persis
di pinggir jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran dengan
jambatan dan landasan keretapi lama yang
tidak lagi digunakan yang dibina pada masa penerintahan Belanda untuk
mengangkut arang batu...Lembah Anai terletak di pinggir jalan yang menghubungkan Kota Padang dan
Kota Bukittinggi, tepatnya di Nagarai Kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten
Tanah Datar, sekitar 38 km dari arah Batusangkar.
Jalan menuju ke Bukit Tinggi berliku-liku kerana muka buminya dilingkari gunung berapi. Jalan yang agak sempit menyebabkan perjalanan menjadi perlahan walaubagaimanapun pemandu-pemandu disini sangat bertoleransi untuk memberi ruamg kepada kenderaan lain ketika berselisih. Jadi tidak hairanlah hampir tidak ada kemalangan yang berlaku sepanjang berada disini..... (masa balik sampai je kat LCCT dh ada kereta yang menunggu...sampai aje di Sendayan dah jumpa satu kemalangan yg dasyat.....sedangkan di Malaysia jalan raya sangat cantik.) aduhaiii.....
Seterusnya kami ke Minangkabau Village Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Rumah Gadang ialah rumah pembesar orang minangkabau yang berukiran indah dan mempunyai makna tersendiri misalnya gonjong (tanduk kerbau) yang terletak dirumah itu mempuyai makna tertentu.
Teringin mengayakan pakaian pengantin minangkabau
Gadis Minang hehehe.....
Pengantin lama diberi nafas baru...... |
Setelah puas melaram dengan pakaian pengantin minangkabau dan mendengar taklimat dari wakil pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan ini kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dan singgah ke jeng..jeng..jeng..... apa lagi tempat shooping lah...... Jommm.....
Bukit Tinggi Indonesia terkenal dengan kain sulam nya dengan berbagai corak yang terkini dan cantik.Harga yang sangat berbaloi2!!! Jom shopping bersama kami ke Bukit Tinggi Padang Indonesia.
Disamping menikmati keenakan nasi padang nya yang mabelesss!!!! Terokai juga keindahan Bumi Minang yang mendamaikan saujana mata memandang.Berbagai pilihan Kain Sulam dengan corak terkini yang pastinya memikat.Harga yang sangat memuaskan.Jom shopping!!!
Puteri Minang Shooping Centre yang terletak di Padang Panjang. Disini terdapat pelbagai jenis kain sulaman, songket, baju kebaya, telekung sulam dan barangan cenderahati.
Selepas makan...shooping lagi di Pandai Sikek.....Jommmm.....
Kuih ini sangat sedap...dibuat dri kelapa tapi namanya amat mengerikan 'kuih api neraka'.... |
Tepat jam 6 pm waktu Bukit Tinnggi, kami sampai ke Royal Denai Hotel Bukit Tinggi untuk berehat setelah kepenatan sepanjang perjalanan....
Bersiap-siap nak keluar makan.... |
Walau kepenatan, sempat lagi bergambar di hadapan hotel.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan