Aktiviti Hujung Minggu.....
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor sejauh 4 km menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Angsi dan gunung Datuk.
Jika dari Seremban hendak ke bukit Broga ini, saya melalui jalan pantai menuju ke Jelebu dan masuk simpang ke Lenggeng Negeri Sembilan dan teruskan perjalanan sehinggalah ternampak banyak kereta parking dikiri dan kanan jalan. walau bagaimanapun terdapat kawasan parking berbayar yang telah disediakan diladang kelapa sawit dikaki Bukit Broga. Seawal jam 6.00 pagi dari seremban dan sampai lebih kurang pukul 7.00 pagi kelihatan deretan kereta yang begitu banyak menandakan telah ramai pendaki yang datang seawal jam 4.30 pagi untuk melihat keindahan pemandangan dikala terbitnya matahari. Kami berempat, suami dan 2 orang anak lelaki memulakan pendakian sejurus sampai.....Boleh dikatakan sepanjang pendakian ini kami berselisih dengan orang ramai yang baru turun dari bukit ini.
Akhirnya sampai jugak ke puncak Bukit Broga ini.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan