Meneruskan aktiviti hari yang ke 3 iaitu melawat Ngarai
Sianok dan Lubang Japang. Ngarai Sianok adalah sebuah lembah curam (jurang)
yang terletak kota Bukittinggi. Lembah ini memanjang dan berkelok sebagai garis
batas kota dari selatan ngarai Koto Gadang sampai ke nagari Sianok Anam Suku,
dan berakhir di daerah Palupuh. Ngarai Sianok memiliki pemandangan yang sangat
indah dan juga menjadi salah satu tempat menarik yang mesti dikunjungi.....
Ngarai Sianok yang dalam jurangnya sekitar 100 m ini,
membentang sepanjang 15 km dengan lebar sekitar 200 m, dan merupakan bagian
dari patahan yang memisahkan pulau Sumatera menjadi dua bahagian memanjang
(patahan Semangko). Patahan ini membentuk dinding yang curam, bahkan tegak
lurus dan membentuk lembah yang hijau—hasil dari gerakan turun kulit bumi
(sinklinal)—yang dialiri Batang Sianok (batang berarti sungai, dalam bahasa
Minangkabau) yang airnya jernih. Di zaman kolonial Belanda, jurang ini disebut
juga sebagai karbouwengat atau kerbau sanget, kerana banyaknya kerbau liar yang
hidup bebas di dasar ngarai ini.(sumber wikipedia) Ngarai Sihanouk merupakan lembah yang pernah ditawan oleh tentera Jepun pada zaman penjajahan dahulu. Ngarai bermaksud lembah dan Sihanouk bermaksud sunyi. Di sinilah terdapatnya sebuah terowong yang dibina oleh tentera jepun yang mempunyai kedalaman 40 meter.
Monyet ni mengikut je dari mula2 sampai....
Baru jumpa malu-malu......
Lepas tu terus jadi kawan baik......
Lubang Jepang Bukit Tinggi (orang indon paggil jepun..jepang) adala merupakan tempat bersejarah yang mesti dilawati semasa berkunjung disini. Lubang ini merupakan sebuah terowong perlindungan tentera Jepun yang dibina sekitar tahun 1942 untuk kepentigan pertahanan Jepun. Lubang Jepang dibina sebagai tempat penyimpanan bekalan makanan dan
peralatan perang tentara Jepang, dengan panjang terowongan yang mencapai
1400 m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter.
Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowong ini, di antaranya adalah
ruang pengintaian, ruang dapur, penjara, dan ruang penyimpanan senjata.Lubang ini dibina dengan menggunakan tenaga buruh dari luar Bukit Tinggi seperti dari Sulawesi, Pulau Jawa dan Kalimantan. Bukan sedikit nyawa dikorbankan untuk membina Lubang Jepang ini......
Setelah habis menyusuri lubang ini kami meneruskan perjalanan ke Istana Pagar Ruyung. Dalam perjalanan kami sempat singgah makan durian di Gerai Gubuk Derita ...amboiiiii.. nama........tak mahu kalah tu...huhuhuhuhu...selain daripada itu kami juga singgah di tempat pemprosesan pelbagai aneka kerepek juga untuk menikmati kopi dan membeli pelbagai kerepek iaitu di Kinika....Tidak lupa juga kami singgah di rumah Hjh Rosmah untuk melihat cara-cara menghasilkan kain sulam....Jomm....
Orang Paya Kumbuh nak balik kampung......
Bunga terowong ini boleh dijumpai di kawasan tanah tinggi atau kawasan sejuk...
menikmati pisang salai....
pelbagai jenis kerepek ada dijual disini...
Berhenti untuk makan tengahari di Pondok Flora
Sempat membeli CD lagu-lagu minang....
Pawi luv ita....hihihi....
Sepanjang perjalanan kelihatan Gunung Marapi (juga dikenal sebagai Merapi atau
Berapi) adalah gunung berapi yang terletak di Bukit Tinggi, Indonesia. Gunung
ini tergolong gunung yang paling aktif di Sumatera. Terletak dalam kawasan Kabupaten
Agam. Gunung ini dapat juga dilihat dari kota Bukittinggi, kota Padang panjang
dan kabupaten Tanah Datar dan memiliki ketinggian 2.891 m. Gunung Marapi sudah
meletus lebih dari 50 kali sejak akhir abad dan ianya masih aktif.
Disepanjang perjalanan menuju ke Istana Pagar Ruyung terdapatnya sawah padi, rumah-rumah minangkabau yang sangat unik binaannya dan tempat2 bersejarah yang lain...
Kompleks Batu Bersurat Adityawarman di Pagar Ruyung
Batu bersurat dari kerajaan Adityawarman
Adityawarman ialah seorang putera dari pembesar kerajaan Majapahit
dengan Dara Jingga
putri Darmasraya semasa abad ke-14, dan saudara sepupu kepada Jayanegararaja kedua kerajaan Majapahit,
putera Raden Wijaya dari Dara Petak yang juga puteri Dharmasraya.
Adityawarman telah menakluki kawasan negeri-negeri di Sumatera,
dan kemudiannya memindahkan pusat Kerajaan Melayu di Darmasraya ke kawasan Pagaruyung di Sumatera tengah bagi mengawal perdagangan emas di sana dan telah
menguasai rantauSumatera tengah antara tahun 1347 dan 1375.
Tanah Datar...tompek asal abah ni.....balik kampung laiee.......
Adityawarma dipercayai telah menubuh kerajaan
Pagar Ruyung dan memerintah di kawasan Sumatra
tengah dari 1347
hingga 1375
dan menguasai perdagangan emas di sana. Beberapa artifak yang ditemui dari era
pemerintahan Adityawarman ini termasuk batu-batu yang mengandungi inskripsi dan
beberapa tugu-tugu. Artifak-artifak ini kebanyakkanya dijumpai di Bukit Gombak,
sebuah bukit yang berdekatan dengan kawasan Pagar Ruyung moden, dan dipercayai
telah terdirinya sebuah istana di sana.
Istana Silindung Bulan lambang pertukaran pemerintahan di Pagar Ruyung daripada pengaruh budha ke pengaruh Islam. disinilah tersimpannya khazanah budaya lerajaan Pagar Ruyung...
Istana Basa Pagar Ruyung, Kabupaten Tanah Datar, Kota Batu Sangkar, Provinsi Sumatera Barat
Luak kite : Luak Ulu Muar Suku kite : Suku Acheh Pak mentua kite : Dato' Lembaga Suku Tanah Datar 80 Suami kite : Suku Paya Kumbuh....
Ayah kite : Seri Mungkal
Hehehe bangga jadi org nogori....kehidupan penuh dengan adat sama seperti di Bukit Tinggi.....
Zaman dh berubah.....tapi adat x ditolan zaman..
Kepok padi istana....
Replika keris yang dibawa oleh anak raja Pagar Ruyung ke Negeri Sembilan iaitu Raja Melewar
Berdiri di tunggak yang tua....tiang asal istana Pagar Ruyung
Anjung Tanjung Emas....khas untuk ibu raja...
Taman permainan puteri raja
Bukan bendera Jerman tapi bendera kerajaan Pagar Ruyung....Hitam untuk raja adat, kuning untuk raja ibadat...dan merah untuk raja alam....Perghhhh...
Bangga dengan gonjong yang 7....mencacak ke langit yang tujuh...
Setelah puas berada di istana Pagar Ruyung kami meneruskan perjalanan ke Padang....Dalam perjalanan kami singgah di Tasik Singkarak. Tasik Singkarak ini berasal dari kawah gunung berapi yang mempunyai keluasa 34 - 36 meter persegi. Walaupun hanya tasik...tapi iaya sangat luas dimana ditepi tasik ini kelihatannya seperti pantai dan terdapat kanak2 yag mandi manda dan airnya berombak seperti dipantai....menurut peniaga kedai yang ditemui....tasik ini ada masanya air surut dan ada kalanya pasang...ini adalah disebabkan tasik ini bersambung dengan sebuah lagi tasik yang telah kami kunjungi iaitu Tasik Maninjau dibahagian bawah tanah...jika tasik meninjau pasang, sebaliknya tasik singkarak akak surut begitulah sebaliknya....Tasik atau Danau Singkarak merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba .
Perjalanan kami sampai di kota Padang melewati waktu maghrib....sebelum pulang ke Hotel kami makan duluu.....Jom makan di Rumah Makan Pantai Samudera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan