Rabu, 28 Mei 2014

Kembara Bukit Tinggi, Padang....(Part 2)

Day 2...

Setelah berehat semalaman, paginya bangun dengan segar sekali dengan udaranya yang nyaman. Pagi yang indah dan nyaman ini dimulai dengan sarapan pagi di hotel dan seterusnya meneruskan aktiviti kami Jomm....







Depan hotel pun jadi......beli jangan tak beli nanti dah balik nanti menyesal lah pulak

kota kembar Seremban - Bukit Tinggi.....


Sawah padi disepanjang perjalanan ke Tasik Mainjau...





 Dalam perjalanan ke tasik maninjau, kami singgah sebentar di Sungai Landia. Disini terdapat sebuah kedai cenderahati dan barangan kulit. Apa lagi masing-masing sibuk membeli barangan kulit...Di sini terkenal dengan panorama yang indah....Panorama Sungai Landia..
Panorama Sungai Landia...




Yang best kat Bukit Tinggi ni walau pun tengahari......tetap nyaman udaranya.....sejuk

Gembiranya....

Meneruskan perjalanan ke Danau Manijau yang menempatkan tasik guung berapi yang sungguh indah dan terletaknya Rumah Hamka. Sepanjang perjalana pemandangan kami dihiasi dengan panorama sawah padi  yang sungguh menarik kerana padi-padi ditaman secara berteres dan bertingkat sehinggakan tiada tanah yang dibiarka kosong malah sampai kepintu rumah ditanam dengan padi.....udara yang nyaman membolehkan para pertani berada disawah bendang mereka melewati waktu tengahari. Tasik Maninjau, merupakan Tasik Lagenda yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Lagenda Bujang Sembilan merupakan legenda asal-usul terjadinya danau maninjau yang sampai saat ini masih dipercayai oleh  masyarakat setempat. Sepanjang jalan kita disajikan dengan permandangan semulajadi yang cukup cantik.
 Tasik Maninjau terletak lebih kurang 36 km dari Kota Bukit Tinggi, hendak sampai kesini kami perlu melalui  jalan berkelok-kelok yang dikenal dengan sebutan kelok 44 (kelok ampek-ampek).Jalan agak sempit dan mencemaskan dengan tebing yang curam. sepanjang perjalan juga terdapat banyak pokok kayu manis.Selain dari itu terdapat banyak pokok-pokok avocado sepanjang jalan....buah avocado selain dijadikan bahan untuk menghasilkan kosmetik, ianya memang digemari ramai sebagai jus minuman yang dikenali sebagai jud apulkat....emmmm memang  menyegarkan diminum diwaktu panas.
Panorama Tasik Maninjau dari kelok 37...



 

 
Apam labu....sungguh lembut dan enak.....tak pernah jumpa lagi kat Seromban. harga sangat murah boleh didapati di kekok 37



Setelah melawat tasik manijau dalam perjalanan pulang sempat lagi singgah shooping baju sulam, songket, telekung, baju kemeja, kain pelekat dan lain-kain di Butik Lindungan bulan....Jom tengok kami shooping....heheheheh....
wahh...saya pulak yg jadi tokey...mengira pulak....tak puas hati lah tu....huhuhu






Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sawah padi yang sungguh cantik dan saujana mata memandang. Memang suka merakam gambar, apa lagi posinglah...walau tengahari, cuaca nyaman dan sejuk sebab itulah ada petani yang masih bekerja sehingga 1 tengahari.....bayangkan kalau di Malaysia betapa panasnya cuaca pada waktu begini. sebab itulah saya berangan nak duduk sini 3 bulan hehehehe....


Perut dah lapar....apa lagi kami pun singgah di Restoran Sederhana masakan padang untuk makan tengah hari. seperti biasa menu masakan padang dihidangkan...sambal ijauu dan jus apulkat mesti ada....huhuhu balik somban dan tentu badan nail 2-3 kilo....aduhaiii...tapi bukan selalu dapat meikmati masakan padang ini apa lagi pulun je lah....Jomm makann....





Selesai makan, meneruskan lagi aktiviti shooping....di pasar atas dan pasar bawah dan juga di Jam Gadang. Seperti biasa baju sulam, telekug, pelekat, kemeja T shirt minang menjadi tarikan kami...








ayoyo....kasut kulit sangat murah di sini....rasa nak beli 10 pasang.....


Istana Bung Hatta

Berehat sambil mendengar nyanyian pemuzik jalanan..hmmmm boleh tahan....
Untuk makan malam ini kami memilih untuk makan nasi ayam penyet..... sudah agak jemu dengan masakan padang






Di hotel kami disajikan dengan tarian piring...

2 ulasan:

  1. Bukik Indah Sungai Landia tampaik nan uni singgahi itu tampaik ambo gadang dulunyo,kini dikelola sepupu jo mamak ambo,tarimokasih alah singgah

    BalasPadam
  2. PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan nak melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam