Setelah 4 tahun berlalu tanpa sebarang aktiviti riadah mulai tahun baru ini azam saya ialah ingin melalukan aktiviti mendaki gunung bersama keluarga. Untuk itu kami mulai dengan melakukan riadah dengan berjalan sebanyak 10 pusingan di kompleks sukan Paroi setiap hari rabu dan cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti mendaki bukit Kepayang yang terletak di Seremban berhampiran dengan Seremban 2. Kalau dari Highway KL-JB, kita perlu exit di Tol Seremban dan ambil kiri. Dari Tesco, ambil kanan dari persimpangan traffic light dan kita akan nampak banyak kereta parking di bahu jalan sehinggalah ke taman perumahan . Semuanya mempunyai misi yang sama, menakluk puncak kepayang Hill...
Kali pertama mendaki saya dah rasa keseronokkannya.....apa yang bermain difikiran saya kala itu adakah tempat riadah sebegini akan terpelihara keasliannya sampai bila-bila dan adakah pihak-pihak tertentu yang akan mempertahankannya memandangkan projek perumahan di taman bukit kepayang ini sedang giat dijalankan sehingga kaki-kaki bukit habis ditarah untuk projek perumahan yang jalankan oleh pemaju. Sampai di puncak bukit ini pula terdapat 2 buah kuil hindu yang dibina.....menjadi pertanyaan dalam diri saya adakah pembinaan kuil ini mendapat kebenaran dari majlis berkuasa tempatan untuk pembinaannya....
Setelah lama bercuti dari pelbagai aktiviti sebegini, terasa mengah dan semput juga mendaki bukit tersebut. Jom lihat trek ke Kepayang hill......
Menggah dan semputtt....
Hahahaha...banyak kali behenti untuk mengambil nafas...
dah sampai pucak....2 orang ni relex je....
Pemandangan dari pucak Kepayang Hill....menghadap ke lebuh raya utara selatan
Bandar Sremban dari puncak bukit
Hehehe...tak sangka...sampai juga ke punca sambil menghirup udara segar
Seremban 2....nampak pasaraya Mydin dengan jelas.....
Seremban 2...
Jalan ke KLIA melalui sendayan...
Turun....sukar juga. perlukan keseimbangan badan....trek mendaki disediakan dengan tali untuk memudahkan pendaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan