Termenung sambil menikmati lagu-lagu minang di Hotel Axana......
Kisah percintaan Siti Nurbaya dan Syamsul Bahri ini diceritakan oleh Pak Henry sehingga kami semua tengelam dalam penghayatan kisah ini...
Mengisahkan tentang percintaanyang tidak kesampaian sepasang
kekasih Siti nurbaya dan Syamsul Bahri dimana akhirnya si gadis
dikahwinkan secara paksa. Diceritakan Siti Nurbaya menpunyai wajah yang
cantik jelita manakala si jejaka pula seorang yang tampan dan berasal dari
keluarga bangsawan . Bapanya seorang penghulu iaitu Sultan Mahmud.
Siti Nurbaya adalah anak Baginda Sulaiman ,seorang saudagar
kaya,sedangkan Samsul Bahri anak Penghulu Sutan Mahmud. Mereka sudah akrab sejak
kecil dan hubungan cinta mereka direstui
oleh keluarga kedua belah. Setelah tamat sekolah, Syamsul Bahri melanjutkan
pelajara dalam jurusan doktor di Pulau Jawa. Pasangan kekasih ini terpaksa
berpisah demi masa depan mereka. Walau berjauhan mereka sering berkirim surat
pengubat rindu.
Melihat kejayaan Baginda Sulaiman dalam perniagaan menyebabkan Datuk Maringgih merasa iri lalu menyuruh anak buahnya untuk menghancurkan harta kekayaan bapa Siti Nurbaya ini. Baginda Sulaiman jatuh miskin sehingga tak mampu membayar hutangnya kepada datuk Maringgih.
Datuk Maringgih mengancam akan memenjarakan baginda sulaiman kalau tak membayar hutang. Atau sebagai gantinya harus menyerahkan Siti Nurbaya untuk dijadikan isteri oleh Datuk Maringgih. Demi keselamatan orang tuanya, Siti Nurbaya bersetuju menjadi isteri Datuk Maringgih. Perkara ini diceritakan kepada samsul Bahri dan beliau berasa sangat marah.
Pada suatu hari, Samsul Bahri pulang dan menemui Siti Nurbaya. Pertemuan ini diketahui oleh
Datuk Maringgih sehingga menimbulkan kemarahannya yang menyebabkan Baginda
Sulaiman yang sedang sakit lalu meninggal. Siti nurbaya ingin menyusul kekasihnya dengan naik kapal.
Hal ini diketahui oleh Datuk Maringgih, maka ia pun menyuruh anak buahnya untuk
membunuh Siti Nurbaya. Usaha ini gagal. Datuk Maringgih mengirim fitnah ke
pelabuhan mengatakan bahwa siti Nurbaya mencuri, sehingga Siti Nurbaya ditangkap
dan dipulangkan untuk diadili. Siti Nurbaya dinyatakan tidak bersalah, ia bebas.
Datuk Maringgih tidak puas hati. Ia menyuruh seseorang untuk menjual lemang beracun
kepada Siti Nurbaya. Siti Nurbaya meninggal karana lemang beracun itu.
Di Jakarta Syamsul Bahri kecewa dan cuba membunuh diri namun
tak berjaya. Sepuluh tahun kemudian beliau menyertai tentara Belanda dan namanya bertukar menjadi Leftenan Mas. Dia dihantar ke Padang untuk menumpas pemberontakan yang dipimpin Datuk
Maringgih. Bekaiu berhasil membunuh
Datuk Maringgih, namun Datuk Maringgih sempat melibaskan pedangnya ke kepala Leftenan Mas. Sebelum meninggal, beliau sempat minta maaf daripada bapanya dan minta dikebumikan
di sebelah kuburg Siti Nurbaya.dan jambatan ini dibina sebagai lambang percintaan Siti Nurbaya dan Syamsul Bahri dan jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan Siti Nurbaya.......Hukhukhukhukhukhukhuk......sedih bangat ceritaya Pak Henry....ni nama nya setia hingga ke hujung nyawa.....