Pakej 4 hari 3 malam di Gua Kelam, Kangar Perlis . Alor Setar, Gunung Jerai, Pantai Merdeka Sg Petani, jelajah Pulau Pinang, Night Safari Taiping dan Bukit Merah Lake Town......
Setelah habis kursus di IPG pada 25 Dis 2012, tanpa membuang masa terus membawa anak2 bercuti setelah ditinggalkan selama sebulan setengah di kampung .....sebenarnya belum ada perancangan untuk membawa anak2 bercuti dimana, jam 4 am dri seremban kami menuju ke utara..didalam kereta barulah berbincang arah tujuan....seperti biasa main terjah yo....tapi bak kata anak2 mesti ada kolam mandi....
Agak kelakar bila perjalanan ini berpandukan GPS untuk ke Hotel Seri Malaysia, Kangar jalan yang ditunjukkan merupakan jalan sempit disawah padi.......aduh sangat keliru jadinya...apapun tetap sampai ke Hotel dengan selamat.
|
Mandi kolam adalah acara wajib bagi anak2......di Hotel Seri Malaysia, Kangar |
|
|
|
|
Gua Kelam.....tempat yang mesti dilawati jika berkunjung ke Perlis |
|
Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit
33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang
370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan
pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan
bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara
penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan
keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang
sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih
kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat
semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian
semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati
keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari
bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut
bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua
bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh
berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi
cahaya lampu. Memag cantik gua ni......pastikan melawat ke gua ini jika berkunjung ke Perlis...
|
Sempat masuk ke sempada Thailand...Satun |
|
Empangan Timah Tasoh....besar empangan ini... |
Empangan Timah Tasoh merupakan terletak 17 km ke utara bandar Kangar yang terletak dalam daerah Beseri. Jika kita hendak ke Padang Besar, akan jumpa empangan yg besar ini.Ia boleh dihubungi melalui Jalan Kangar ke Padang Besar dan Jalan Abi ke Padang Besar.
Nama empangan Timah Tasoh diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Mula2 terfikir juga ingatkan nama empangan diambil sempena nama orang...hehehe..agak2nya nama sungai tu yang ambil nama orang kot....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan