Selasa, 14 Januari 2014

Jelajah Utara ...Part 2

Hari kedua di utara tanah air......Masjid Zahir dan muzium Diraja di Alor Setar, Gunung Jerai, Pantai Merdek di Kuala Muda....






Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang  terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan. Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. Makanan yang menarik di sini ialah mee udang....mmg best mee udangya......walau bagaimanapun saya merasakan Pantai Port Dickson lagi best...jangan marah kawan2 kedah ye.....hehehehehe
Tak sah pergi kemana-mana kalau tak dapat mandi....dah jadi agenda utama mereka kalau berjalan mesti ada tempat nak mandi...



Bangcik menunjukan kehebatanya.....

Amboiiiiii......saya yang takut....huhuhu....

Senorokya mereka.......

Di hadapan masjid Zahir masjid tertua di Alor Seter. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912)
 
 

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid tertua di negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin (Muzium Diraja Kedah) ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.
 

 
 
 
 


 Muzium Diraja Kedah ini asalnya adalah Istana. Menurut apa yang dibaca dari sumber dimuzium ini pada asalnya istana ini dikenali sebagai istana pelamin. Istana ini mendapat nama "Istana Pelamin" setelah berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904 iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983. Melawat muzium ini membuatkan kami leka dengan bahan2 bersejarah yang terdapat disini. Apa yang menarik perhatian saya ialah kecantikan almarhum permaisuri Kedah iaitu Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Bahiyah yang berasal dari keluarga Diraja Negeri Sembilan yang berkahwin dengan  Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
   
Punca Gunung Jerai




Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter. Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika dan juga terdapat Kem reakreasi serta muzium perhutanan gunung jerai



Puncak gunung Jerai.....nun jauh di bawah kelihatan sebuah pulau yang dihubungkan dengan sebuah jambatan yang cantik...yang muskilnya pulau tersebut tiada berpenghuni......
  

Jambatan Pulau Bunting....
    Merupakan sebuah pulau yang terletak di Yan, Kedah dikenali sebagai Pulau Bunting.Pulau Bunting adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni yang menjadi tarikan para pemancing untuk memancing di sekitar pulau tersebut.Kampung Sungai Kering yang terletak kira-kira 11.7km dari pekan Yan merupakan kampung yang terletak berhadapan pulau tersebut dan dipisahkan dengan perairan Selat Melaka. Dari atas jambatan tersebut, pemandangan indah Gunung Jerai dapat dilihat dari arah laut malah beberapa pulau seperti Pulau Telur, Pulau Songsong juga boleh dilihat dari atas jambatan tersebut. Sampai sekarang menjadi tanda tanya mengapa jambatan ini dibina dengan perbelanjaan yang mencecah ratusan juta ringgit......




 
 
 
 
 
 
 
 
Suka sangat dengan bunga ini....pokok yg tumbuh subur di kawasan tanah tinggi....pernah jumpa di gunung Bromo, surabaya dan Danau Toba Medan dan juga di Bukit tinggi, Padang.......ada macam-macam warna

 
 
 
 
 
 
 
 
Muzium Perhutanan Gunung Jerai

Kem Rekreasi...air berwarna kuning...tak lalu nak mandi sungai dan kolam kerana kawasan ini terdapat pokok-pokok berwarna coklat kekuning-kuningan....walau berwarna kuning ianya bersih macam air akar kayu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan