Oktober 2016, Semua family kecuali keluarga Pak Long Kajang tidak turut serta. Kali ni misi kami ke Cameron Highlang adalah untuk aktiviti mendaki Gunung Irau. Bukan semua ahli keluarga besar kami terlibat hanya saya , suami, Hafiy, Diniy, Hadiy dan Haqiy, Alia, Nurul , Aiman, Ajim dan Kak Ina sahaja yang sertai aktiviti ini. yang lain cari strawberi dan sayur2...
Keluarga saya sang sampai dulu...setelah check in hotel, kami keluar untuk survey dahulu location Gunung Irau ni. Jalan yang sama ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Sampai persimpanganan ke kanan untuk ke Ladang Teh Boh ke kiri laluan untuk ke Gunung Irau. Cuba bawa kereta tapi setengah perjalanan terpaksa berhenti kerana tidak boleh naik dengan jalan yg sempit dan tinggi tidak sesuai untuk menaiki kereta biasa. Berhenti di kebun kobis melihat permandangan yg menarik disitu. Menurut pekerja disitu...memang kenderaan biasa tidak digalakkan untuk ke base Gunung Irau...kalau ada kereta yang lepas pun akan ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kereta tak boleh start bila nak pulang, tayar hilang dan lain2....siapa punya kerja tak tahu...katanya hantu Gunung Irau..wallahualam dengar boleh percaya jangan..hehehe
Untuk ke Gunung Irau ni perlu ada permit dan menaiki 4 wheel drive. Semua ini suami dah uruskan dengan kawan2nya. Kawan2nya tidak bermalam di Cameron.
Tumpang bergambar diLadang Teh Boh...
Setelah berehat semalaman, dalam jam 11.00 am, kami berkemas dan bersiap2 untuk balik. singgah di kedai makan abang stoberi untuk makan tengahari. Kak chik yang belanja....ni yang best..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan