Jumaat, 4 September 2020

Gunung Irau Cameron Highland Oktober 2016 Part 3

Peristiwa berlaku bulan oktober 2016 tapi baru ni publish....kesibukan waktu heheheh...simpan disini sebagai kenang-kenangan, tak sangka umur 45 masa ni dah sampai Puncak Irau...macam tak percaya pulak. Biasanya makcik2 umur macam ni suka poie shopping mall atau duduk ceruk dapur..

Catatan Pendakian

GUNUNG IRAU (MOSSY FOREST)

Oktober 2016

8.30 am – 8,30pm

Gunung Yang penuh dengan lumut…lembap, berselut mula2 tengok agak ngeri tetapi bila diteliti tak ada seekor pun serangga yang nampak jadi tak ada lah takut sangat.

Terletak di pusat peranginan Cameron Highlang, ianya menjadi tumpuan para pendaki yang sukakan cabaran. Dengan ketinggian 2,032 meter iaitu ketinggian Mini Irau dan 2,110 meter tinggi puncak Gunung Irau. 1,829 meter - Paras ketinggian Cameron Highland. Bagi yang rasa tewas bolehlah berhenti sehingga mini Irau. Saya?….pastinya sampai ke puncak dengan jayanya…hehehe tapi penuh dengan tangisan...huwaaaa..

Setiap hujung minggu, ramai orang mendaki gunung ini semata-mata untuk mencari kepuasan dan keseronokan berada di atas puncak sambil menghirup udara segar dan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang mempersonakan. Cuaca yang sejuk dan nyaman membuatkan pendakian ke puncak gunung ini sbg aktiviti yg amat menyeronokkan

Kira-kira lima jam mendaki dengan berhati-hati dengan sebahagiannya baru pertama kali menyertai aktiviti ini, barulah semua tiba di puncak Gunung Irau dengan cuaca yang agak sejuk walaupun ketika itu jam menunjukkan sudah lebih 1.30 tengah hari. Masa diambil utk mendaki agak lama memandangkan trek agak basah disebabkan hujan hari sebelumnya.

Gunung Irau diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Gunung ini terletak dalam mukim Brinchang.

Gunung ini pernah ditutup daripada sebarang aktiviti pendakian kerana jalan atau track yang rosak teruk.

 Semasa berada dipuncak gunung irau, hujan renyai2 telah turun menyebabkan laluan untuk balik menjadi basah dan berselut. Trek yang basah, berselut dan licin memperlahankan pendakian ini. Malahan, langkah berhati-hati perlu diberi perhatian ketika hendak turun kerana setiap akar kayu yang licin boleh mengundang risiko tergelincir. Apatahlagi seminggu sebelum datang kesini ada keluar dalam berita  kisah seorang pendaki wanita telah terjatuh dan diselamatkan oleh Bomba.

Mendaki Gunung Irau tidaklah sukar  bagi mereka yang benar-benar cergas boleh sampai ke puncak kurang daripada empat jam. Tapi bagi saya yang mempunyai kudrat yang lemah ini pendakian bermula jam 8.30 pagi berakhir jam 8.30 mlm…bayangkan huhuhu..tapi masih ada pendaki dlm group kami yang turun jam 9.30 mlm. Ini disebabkan oleh kesukaran untuk berjalan sebab hari hujan...kalau salah pijak memang kaki tengelam paras betis dalam lumpur selut...susah nak digambarkan dengan kata2... siapa yang pernah mengalami sahaja yang tahu bagaimana sukarnya....nasib baik ada lampu suluh yang dapat membantu pergerakan.

Dalam fikiran terkenang anak 4 orang  dan 4 org sepupu mereka....manalah mereka ni...oleh kerana sudah biasa membawa mereka hiking sebelum ni perasaan bimbang tu kuranglah sikit. 

Allah je yang tahu bertapa sukarnya dengan hujan, selut sampai betis menyebankan perjalanan menjadi amat perlahan. Tambahan cuaca semakin gelap walau baru jam 6.00 ptg. Salah pijak kaki tengelam...nak angat balik punyalah payah...lepas tu pijak tengelam lagi....ya dah gelap...main redah je lah...dalam hati masa tu..nyesalnya akuuuu..

Dalam meredah gelap teringat semasa dipuncak Irau terjumpa sepasang suami isteri muda dan anak kecil mereka berusia 1 thn setengah. Si suami yang mendukung baby mereka, klu orang tua2 nampak memang kena ceramahlah si ibu dan bapa tadi... berani sungguh mereka. katanya dah biasa bawa anak mendaki seawal usia 8 bln lagi...mak aiiii hebat betul. mesti mereka ni kaki hiking.

lebih kurang 100 m nak sampai ke laluan bertangga tu dengar anak2 jerit....ibu ke tuuuu...yes...senang hati mereka dah smpi. Sampai je kat laluan 2 org anak dan 2 org sepupu mereka dan kakak ipar...tanya yang 2 org lagi,,,katanya dah sampai base. 

Sampai kat base....rasa sejuk sangat...baju seluar, kasut stoken penuh dengan selut. Jumpa group yang sama mendaki, selepas kami turun...katanya ada lagi 4 org dlm group kami yg blm turun. Ketua group kami menyuruh kami turun dulu bersama 3 org anaknya sementara dia menunggu kawan yg blm turun. Dua org anak iqy dan Bang Chik bersama dengan sepupunya telah smpi kat hotel tempat parking dan telah dijemput oleh sepupu mereka untuk pulang ketempat penginapan kami. Saya, suami, Dini, Haffiy, Nurul, Alia dan Kak Ina menaiki 4WD untuk ke hotel tempat parking kereta. Sebelum tu singgah kat sebatang sungai untuk bersihkan diri...rasa macam dah bersih sikit tapi masih penuh dengan selut. Bila sampai kat hotel tu....jaga kat situ larang kami pergi ke tandas yg terdapat kat tempat parking tu...tp ada seorang jaga yg lain tu cakap boleh masuk tapi pastikan toilet tu dibersihkan masa tinggalkan nanti. 

Apa lagi kami pun ambil pakaian bersih dan mandi di toilet tersebut. Lupa nak ambil gambar....penuh berselut dan berlumpur kami kerjakan toilet tu termasuk 2 org anak ketua group kami. Satu kerja pulak nak bersihkan selut dlm toilet tu....hihihihi...

Selesai...bergerak dari tempat parking kat hotel balik ke tempat penginapan kami, jalan jammed pulak...pasar malam Brinchang. Perut tak usah cakaplah...lapar ya amat. Smpi kat hotel kami menginap, makan, solat terus tidurrr...

Jom layan gambar...tp sayang sekali...guna DCLR yang canggih tapi kuali gambar out...tak pandai guna...cameraman amatur kah kah kah kah....baik guna camera kat handphone yo. Guna DCLR konon nak ambil gambar lumut2 yg cantik tu....suami tanyo nak repeat lagi tak sbb nak ambil gambar lumut....org nogori ckp...ghontianlah.....taubat raso ehhh

Simpan gambar kat sini sebagai kenang-kenangan...









Awal2 mendaki ni...rajin betul bergambar samapi ada yang mengusik...kak...kat atas nanti studio nya lagi canggih..tak kira nak bergambar jugak dan senyum pun masa ni masih lebar lagi. Masa balik hilang dah seronok dan senyum...muka dah cembeng..
































Kat mini Irau ni ada kawasan yang sangat cantik...penuh dengan lumut yang hijau subur sungguh. rupa2nya tempat para pendaki mebuang air kecil...patutlah subur semacam yo






















































Dipuncak Irau...masa ni hujan renyai2..selut ni sikit je...bila turun dari irau, semua warna jadi gelap penuh dgn lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan