Selasa, 14 Januari 2014

Jelajah Utara.....Part 3

Meneruskan percutian bersama suami dan anak-anak......destinasi seterusnya jelajah Pulau Pinang, Taiping dan Bukit Merah kali ni disertai oleh keluarga kakak.......Jommmm.....
 
 

Tak sah kalau sampai sini tk pekena pesembor....
Budak mokk...makann je....
 
 
 ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang, Penang

wowww......woww......tempat ni memang best.....jika berkunjung ke Peneng jangan lupa singgah disini kerana tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran....den gayat kalau berada kek tompek tinggi bergayut macam monyet ni....tapi bagi orang senaling, Kuala Pilah yang selalu poie panjek pokok potai....sonang yo ni..hehehehehe 

The Fun Activities at Advanture Play....macam-macam ada...
a.Peneng Escape Theme Park Atan's Leap
b. Peneng Escape Theme Park Monkey business....learn tu climb like a pro and perfect your balancing skills on this challenging rope course. There are three levels for you to try and it's suitable for monkey of all ages as well as for team building.
c. Peneng Escape Theme Park Go Ape
d. Peneng Escape Theme Park Gecko tower
e. Peneng Escape Theme Park Zoom Bug
f. Peneng Escape Theme Park Tubby Racer
g. Peneng Escape Theme ParkFoxy Burrow
h. Peneng Escape Theme Park Tots Trail
i.Peneng Escape Theme Park Discovery Dig

c.       
 
 
 
 
 
 Kalau berhajat nak datang sini sediakan duit banyak-banyak kerana harga tiketnya agak mahal sedikit....4-12 years RM45, 13 – 60 years RM60.....tapi memang sangat berbaloiii.....macam-macam ada

Batu Feringghi...

 
 
 
 
Taman Tasik Taiping....
 


Zoo Taiping dan night Safari....
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut(Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Pokok-pokok besar yang unik.....sgt cantik dijadikan landskap di Tasik Taiping...

 
Destinasi terakhir.....jelajah utara..
Aktiviti wajib .....mandi dan tempat nak pergi mesti ada air......  
 Bukit Merah Lake Town terletak dalam daerah Kerian. Destinasi percutian ini terletak tidak jauh dari lebuh raya utara-selatan. Jika memandu dari selatan hanya perlu keluar dari exit Bukit Merah/Selama. Susur keluar sebelah kiri atau 'exit' tersebut adalah sekitar 100 meter selepas R&R Gunung Semanggol jika  ingin terus ke destinasi ini. Selepas keluar tol, lebih kurang  5-10 minit sahaja ke bkt merah lake town water park. 
 
 
 
 
 
 
Seronoknya korang....
 
 
Bang Afy.....ok lah dah besar.....

Bang cik memag sukakan cabaran...Iqi, ayah tak benarkan sbb dia kecil lagi walau badannya besar...hahaha..
Kakak memang berani dan sukakan cabaran....
 
 
 
 
 
 

Berkhirlah percutian untuk hujung tahun 2013 ini.....

Jelajah Utara ...Part 2

Hari kedua di utara tanah air......Masjid Zahir dan muzium Diraja di Alor Setar, Gunung Jerai, Pantai Merdek di Kuala Muda....






Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang  terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan. Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. Makanan yang menarik di sini ialah mee udang....mmg best mee udangya......walau bagaimanapun saya merasakan Pantai Port Dickson lagi best...jangan marah kawan2 kedah ye.....hehehehehe
Tak sah pergi kemana-mana kalau tak dapat mandi....dah jadi agenda utama mereka kalau berjalan mesti ada tempat nak mandi...



Bangcik menunjukan kehebatanya.....

Amboiiiiii......saya yang takut....huhuhu....

Senorokya mereka.......

Di hadapan masjid Zahir masjid tertua di Alor Seter. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912)
 
 

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid tertua di negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin (Muzium Diraja Kedah) ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.
 

 
 
 
 


 Muzium Diraja Kedah ini asalnya adalah Istana. Menurut apa yang dibaca dari sumber dimuzium ini pada asalnya istana ini dikenali sebagai istana pelamin. Istana ini mendapat nama "Istana Pelamin" setelah berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904 iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983. Melawat muzium ini membuatkan kami leka dengan bahan2 bersejarah yang terdapat disini. Apa yang menarik perhatian saya ialah kecantikan almarhum permaisuri Kedah iaitu Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Bahiyah yang berasal dari keluarga Diraja Negeri Sembilan yang berkahwin dengan  Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
   
Punca Gunung Jerai




Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter. Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika dan juga terdapat Kem reakreasi serta muzium perhutanan gunung jerai



Puncak gunung Jerai.....nun jauh di bawah kelihatan sebuah pulau yang dihubungkan dengan sebuah jambatan yang cantik...yang muskilnya pulau tersebut tiada berpenghuni......
  

Jambatan Pulau Bunting....
    Merupakan sebuah pulau yang terletak di Yan, Kedah dikenali sebagai Pulau Bunting.Pulau Bunting adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni yang menjadi tarikan para pemancing untuk memancing di sekitar pulau tersebut.Kampung Sungai Kering yang terletak kira-kira 11.7km dari pekan Yan merupakan kampung yang terletak berhadapan pulau tersebut dan dipisahkan dengan perairan Selat Melaka. Dari atas jambatan tersebut, pemandangan indah Gunung Jerai dapat dilihat dari arah laut malah beberapa pulau seperti Pulau Telur, Pulau Songsong juga boleh dilihat dari atas jambatan tersebut. Sampai sekarang menjadi tanda tanya mengapa jambatan ini dibina dengan perbelanjaan yang mencecah ratusan juta ringgit......




 
 
 
 
 
 
 
 
Suka sangat dengan bunga ini....pokok yg tumbuh subur di kawasan tanah tinggi....pernah jumpa di gunung Bromo, surabaya dan Danau Toba Medan dan juga di Bukit tinggi, Padang.......ada macam-macam warna

 
 
 
 
 
 
 
 
Muzium Perhutanan Gunung Jerai

Kem Rekreasi...air berwarna kuning...tak lalu nak mandi sungai dan kolam kerana kawasan ini terdapat pokok-pokok berwarna coklat kekuning-kuningan....walau berwarna kuning ianya bersih macam air akar kayu....