Sejarah Kopi
Kopi Muda
Post yang lalu kisahnya seolah olah air kopi begitu asing dalam hidup
saya dan juga orang Kg. Beting dan Kg.Senaling. Tetapi kalau diingat ingat sebenarya
pokok kopi tidaklah begitu asing, malah pokoknya selalu ada (tanam atau
tumbuh sendiri?) di pagar pagar kampung. Malah di rumah saya memang terdapat pokok kopi ni yang ditanam oleh arwah ayah. Apa gunanya pun masih tak
faham. Apa yang saya ingat gigit, buang kulitnya dan hisap biji kopi tersebut lepas tu buang. Tidak pernah pulak tengok orang orang kampung petik dan process
buat serbuk kopi. Apa yang jelas, cuma tempat anak anak bergayut sambil
mengulum biji kopi yang sedikit terasa manis. Di tanah kebun ayah pun
terdapat sebatang pokok kopi yang tumbuh di tepi pagar bersebelahan
tanah Pak Itam Lohin. Tapi sayang tanah tu dah dijual 5 tahun yang lalu.
Pokok kopi tu pun tak silap sudah tiada lagi.
Post kali ini bukanlah nak menceritkan kisah pokok kopi yag sebatang tu
tapi sebab dah menjadi pengemar kopi cuba cubalah tulis sejarah buah
kopi dan air kopi..tak kenal maka tak cinta..kalau dah cinta........
Kopi Masak
(berdasarkan rujukkan di internet dan cerita cerita pengemar kopi)
Kopi dipercayai mula mula ditemui di Habshah sekitar tahun 700
masihi dan penanamannya mula berkembang di dunia Arab(Yaman-850 masihi).
Pengembangan pesatnya bermula bila ia diseludup ke Belanda. Seterusnya
berkembang ke Eropah(1616), India(1600), Indonesia(1699), Amerika(1723)
dan Africa(1717). Asal nama kopi dari perkataan Turki iaitu
"kahveh".Sehingga kini kopi penjadi perniagaan pertanian yang ketujuh
besar di dunia. Antara penegeluar utamanya ialah Brazil, Vietnam,
Colombia, Indonesia dan India.
Sejarah Minuman Kopi
Bukti yang ada menunjukkan kopi mula diminum oleh orang Yaman sekitar
kurun ke 15 dan seterusnya diperkenalkan ke India dan Eropah oleh
pedagang Islam. Minuman kopi di Yaman dipopularkan oleh orang orang
Sufi, sehinggakan Paderi Kristian pernah mengharamkan penggunaan kopi di
kalangan penganutnya kerana ditakuti terpengaruh dengan fahaman Islam.
Kopi juga pernah diharamkan pada zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki atas
sebab sebab politik. Orang orang Asia Tenggara pula mula kenal kopi
bila Belanda datang menjajah Indonesia dan juga bila Perancis menjajah
Indocina. Jadi begitulah hebatnya minuman kopi dalam membentuk
masyarakat dunia. Jadi tak rugilah terlibat dengan minuman kopi kerana
sebenarnya kita meneruskan amalan Sufi Yaman(amalan berzikir inprogress
hihihi).. Itu kesimpulan yang saya buat sendiri...kalau setuju bolehlah
ikut...
Kalau menebang sipohon jati
papan di Jawa dibelah sisi
kalaulah sehari tak minum kopi
umpama kereta tiada bateri...
hhihihhi....orang indon bilang ayuh ngopi yuk.....
sekian sehingga jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan