Rabu, 26 Jun 2013

Kopi Bondowoso

Assalamualaikum...
Bertemu kembali...masih cerita pasal kopi.... walaupun idea buat blog ini cuma untuk mengisi masa lapang. Lagipun pesan Prof Ungku Aziz untuk sentiasa sihat ialah banyakkan bersenam dan menulis.
Selalu cerita kopi bukan apa, sebab ia terlaku istimewa buat saya....omputih kata Coffee....Insyallah akan datang cari idea lain pulak...
 Minggu lepas saya telah ke Jakrata dan Surabaya selam 3 hari. Saja jalan jalan ikut suami jumpa kawan, di Jakarta jumpa Pak Ande dan di Surabaya jumpa Pak Fatur...Di Jakarta cuma 6 jam(2jam dalam kereta sebab macet/jammed), suami bincang sikit pasal bisnes dengan Pak Ande tapi sempat jugak kena kopi di Jakarta. Lepas tu terus ke Bandara(airport) Sukarno Hatta ambil flight ke Surabaya(Lion Air tambang murah macam AirAsia ).
Sampai Airport Juanda pukul 10 malam. Pak Fatur dah tunggu terus ke Kabupaten Bondowoso, Lebih kurang 4 jam perjalanan dari Surabaya..Sepanjang perjalanan sempat singgah di Probolingo kena sup buntut (sup ekor) dan singgah sebentar dikampung yag ditimbus lumpur tu (Lapindo kalau tak silap)
Sampai di Bondowoso 30 min nak masuk waktu Subuh... Solat di Masjid Besar Bondowoso.. Lepas subuh ada majlis maulidur rasul.. ikut sekali... menitis air mata selawat punya lah syahdu...suara imam betul betul power.
Sempat jugak singgah di Pasar ternak atau pasar Hewan (haiwan) Bondowoso. Di Malaysia belum ada lagi... Penternak dari kampung akan membawa kambing, biri biri, lembu dan kerbau yang masih hidup ke

kawasan lapang(macam pasar tani). Di sana ternakan akan dijual beli mcam kita jual beli barang barang dapur. Pasar tesebut habis pukul 10 pagi. Tidak kurang 100 haiwan terjual pada setiap kali pasar tersebut diadakan. Sebelum ini saya pernah ke Pasar Ternak Tanah Abang di Jawa Barat.
Tujuan utama ke sini adalah untuk melihat sendiri penanaman kopi di tanah tinggi, Desa Suko Sawah. Bondowoso merupakan daerah pergunungan yang suhunya sangat nyaman. Pak Fatur telah menemukan kami dengan Pak Zainal salah seorang pengusaha kopi yang mempunyai ladang yang luas di Desa Suko Sawah. Perjalaan dari rumah Pak Zainal memakan masa 2jam untuk sampai ke kebun kopinya. Cuma pacuan 4 roda dan motor sahaja yag boleh boleh digunakan kerana ketinggian paras tanah mencapai sehingga 1500meter dari aras laut.
 Pak Zainal telah terlibat dengan perusahaan kopi lebih 40 tahun. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang boleh diperolehi sepanjang perbualan dengan Pak Zainal. Kehebatanya dalam menilai qualiti kopi dan jenis kopi adalah sesuatu yang begitu istimewa. Kata Pak Zainal ada dua jenis pokok kopi yang utama Robusta dan Arabika. Katanya lagi, Robusta ditanam di tanah rendah dan Arabika ditanam di tanah tinggi yang ketinggiannya lebih 800meter dari aras laut. Robusta rasanya lebih pahit manakala Arabika pula lebih aroma. Hasil robusta lebih banyak dari arabika tetapi harganya lebih murah. Robusta banyak dieksport ke Jepun dan Korea manakala Arabika dieksport ke Eropah. Kadungan kafein Robusta juga lebih tinggi sekitar 2.0% ke  2.5% tapi Arabika cuma 1.5% ke 1.8% shaja. Saya tidak melepaskan peluang untuk menghirup kedua dua kopi tersebut..memang umph...tanpa gula pun ok.. (hihihi.... tapi ilmu masih tak tinggi...macam sama je rasa..keduanya). Pak Zainal juga ada menghasilkan KOPI LUWAK (insyallah post akan datang akan diterangkan). Kopi yang kita minum di Malaysia Arabika atau Robusta ?? ataupun tempurung kelapa ????? heheheh...pahit semacam aje...wassalam...
Dari seremban hendak ke bangi
Rehat sebentar mengurut kaki
Berjalan seorang tak bawa isteri.
Insyallah tak cari cewek cuma cari kopi.
(orang rumah cayo tak agak eh....)
Huhuhu.....patun yg direka oleh suami.....

Sejarah Kopi

Kopi Muda
Assalamualaikum
Post yang lalu kisahnya seolah olah air kopi begitu asing dalam hidup saya dan juga orang Kg. Beting dan Kg.Senaling. Tetapi kalau diingat ingat sebenarya pokok kopi tidaklah begitu asing, malah pokoknya selalu ada (tanam atau tumbuh sendiri?) di pagar pagar kampung. Malah di rumah saya memang terdapat pokok kopi ni yang ditanam oleh arwah ayah. Apa gunanya pun masih tak faham. Apa yang saya ingat gigit, buang kulitnya dan hisap biji kopi tersebut lepas tu buang. Tidak pernah pulak tengok orang orang kampung petik dan process buat serbuk kopi. Apa yang jelas, cuma tempat anak anak bergayut sambil mengulum biji kopi yang sedikit terasa manis. Di tanah kebun ayah pun terdapat sebatang pokok kopi yang tumbuh di tepi pagar bersebelahan tanah Pak Itam Lohin. Tapi sayang tanah tu dah dijual 5 tahun yang lalu. Pokok kopi tu pun tak silap sudah tiada lagi.
 Post kali ini bukanlah nak menceritkan kisah pokok kopi yag sebatang tu tapi sebab dah menjadi pengemar kopi cuba cubalah tulis sejarah buah kopi dan air kopi..tak kenal maka tak cinta..kalau dah cinta........
Kopi Masak
Sejarah Pokok Kopi
(berdasarkan rujukkan di internet dan cerita cerita pengemar kopi)
Kopi dipercayai mula mula ditemui di Habshah sekitar tahun 700 masihi dan penanamannya mula berkembang di dunia Arab(Yaman-850 masihi). Pengembangan pesatnya bermula bila ia diseludup ke Belanda. Seterusnya berkembang ke Eropah(1616), India(1600), Indonesia(1699), Amerika(1723) dan Africa(1717). Asal nama kopi dari perkataan Turki iaitu "kahveh".Sehingga kini kopi penjadi perniagaan pertanian yang ketujuh besar di dunia. Antara penegeluar utamanya ialah Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan India.
 Sejarah Minuman Kopi
Bukti yang ada menunjukkan kopi mula diminum oleh orang Yaman sekitar kurun ke 15 dan seterusnya diperkenalkan ke India dan Eropah oleh pedagang Islam. Minuman kopi di Yaman dipopularkan oleh orang orang Sufi, sehinggakan Paderi Kristian pernah mengharamkan penggunaan kopi di kalangan penganutnya kerana ditakuti terpengaruh dengan fahaman Islam. Kopi juga pernah diharamkan pada zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki atas sebab sebab politik. Orang orang Asia Tenggara pula mula kenal kopi bila Belanda datang menjajah Indonesia dan juga bila Perancis menjajah Indocina. Jadi begitulah hebatnya minuman kopi dalam membentuk masyarakat dunia. Jadi tak rugilah terlibat dengan minuman kopi kerana sebenarnya kita meneruskan amalan Sufi Yaman(amalan berzikir inprogress hihihi).. Itu kesimpulan yang saya buat sendiri...kalau setuju bolehlah ikut...
Kalau menebang sipohon jati
papan di Jawa dibelah sisi
kalaulah sehari tak minum kopi
umpama kereta tiada bateri...
hhihihhi....orang indon bilang ayuh ngopi yuk.....
sekian sehingga jumpa lagi...

Sejarah Kopi Dalam Hidup Den.....

Assalamualaikum....
            30 tahun yang lalu di kampung Botig dan Senaling nak tengok orang minum kopi pun susah. Sampai sekarang pun tak ramai yang minum. Majoriti dia orang minum teh. Seingat saya pertama kali tengok orang minum kopi di Kg. Inas, Johol (sekitar awal tahun 80an). Ikut Abah ada kenduri  di sana.... Bila tuang dalam cawan nampak hitam dan ada habuk habuk sikit...Abah kata air kopi....Cuba sikit perh!!! pahit....Terus tuang ke tanah...tengok dia orang selamba je minum.. Mungkin saya adik beradik dah terbiasa di rumah minum milo, manis dan enak, tapi kedua dua orang tua minum teh. Sebab apa beri anak minum milo? Mungkin terpengaruh dengan iklan TV, "minum milo badan jadi sihat dan kuat"...hhihih tapi tak kuat pun..... nanti tanya orang tua sebab sebenarnya.....insyallah
Tahun 2003 adalah tahun bermulanya saya boleh minum kopi walaupun tak kena dengan tekak tapi dah mula boleh telan. Mulanya terpaksa....
Kerana tahun itu suami saya mula berjinak jinak untuk membela kambing. Dia mencari pekerja Indonesia tanpa permit (murah sikit) di rumah kongsi Indon sekitar Kuala Pilah (gambar sebelah). Sebahagian besar dia orang ini datang secara haram dan bekerja sebagai penoreh getah ataupun memetik buah sawit. Saya mula kenal dengan Karso, Sutrisno, Sahida dan ramai lagi...Tak tahulah sekarang mereka semua dimana... (pemutihan cabut lari kot..) Setiap kali saya mengikut suami  ke rumah kongsi mereka...kopi lah hidangan istimewanya...Cawannya...hihihi....kalau cuci pun setakat kocak kocak dalam baldi aje....Tapi nak jaga hati telan aje lah...Kopi cap tupai dan kopi kapal api antara yang popular di kalangan mereka. Mula mula nak telan pun susah...secawan ambil masa sejam nak habis..tapi lama lama ok. Walaubagaimanapun tetap tak terniat langsung nak beli untuk minum di rumah ataupun hendak minum di kedai... Masih setia dengan MILO..... Disebabkan selalu minum kopi bersama akhirnya dua orang indon dapat abang saya pujuk dan lari dari tokehnya untuk bekerja dengan abang saya (ini kerja jahat jugak ni).Gaji rm400 dan makanan asas saya tanggung....termaksuklah kopi kapal api mereka. Ada kalanya bila dapat bonus samsung (setahun sekali je) abang saya belikan mereka AliCafe...ini lagi lumayan pak....AliCafe selaluya dia orang hidangkan bila saya dan abang  datang ke kongsi mereka...AliCafe lebih enak sebab 3in1....dari sini saya mencuba pulak IndoCoffe...Singsang kopi, white coffe dan banyak lagi...Rasa kopi mula sebati dengan lidah saya tapi untuk kopi di warung warung tetap tak boleh...tak sedap...tak tahulah dia orang pakai gred apa punya kopi...bau pun macam hangit...Tapi kalau di Kopitiam tu....hehehe 3 cawan pun boleh.....Dari sinilah mulanya dari benci menjadi rindu......
Rumah usang tepi perigi,
Tempat berteduh dimalam hari,
pahit dan hitam dulu ku benci,
Kini ku cari serata bumi....
Kopi secangkir pak......
 Insyallah post akan datang saya akan tuliskan mengenai kopi yang pernah saya cuba serta khasiat disebalik kehitaman kopi......insyallah