Apabila menjelang bulan Mei, 2 hari yang diraikan dengan istimewa iaitu Hari Ibu dan Hari Guru...
Hari Ibu disambut pada 13 Mei setiap tahun walau bagaimanapun setiap hari adalah hari ibu...terima kasih ibu....tanpa ibu siapalah kita....
Ibu ku telah kembali kerahmatullah tanggal 14 Januari 2009 ketika berusia 74 tahun. Semoga roh ibu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dilimpahi rahmat Allah, diberkati amal ibadah ketika hayatnya dan sentiasa dalam perlindungan Nya....Terima kasih mak...Hjh. Zauriah Bt Ujang.
Untuk ibu mertuaku....Hjh. Zaiton Alwai.....Selamat Hari Ibu....Jasamu tetap dikenang...
" Dan apabila mata Ibu mu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu DOA seorang ibu"...Ustaz Azhar Idrus.
Bagi yang masih mempunyai ibu hargailah dia...kerana sesungguhnya setiap kejayaan yang kamu kecapi dalam hidupmu sekarang Adalah hasil dari doa ibumu.....hargailah sebelum keberkatan yang paling besar itu hilang dalam hidupmu.....Walau apa pun bukan setakat 13 mei, hari-hari adalah hari ibu.....
Hari Raya terakhir bersama arwah ibu 2008 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan