Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat.
Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi modal insan yang berguna dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.
Oleh itu, kita haruslah berterima kasih kepada mereka, kerana jasa merekalah, maka kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira. Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru. Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jelas mengenai perkara ini.
Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.
Alangkah mulianya tugas seorang guru.....Justeru itu, untuk menghargai jasa-jasa para guru yang telah mendidik kita, wajarlah mereka diraikan...tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi setiap guru kerana pada tarikh tersebutlah mereka diraikan oleh anak-anak didik mereka.....pada hari tersebut mereka cuti daripada mengajar, dan berbagai-bagai aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut.....Tema Hari Guru 2012 "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"...
Hati seorang guru siapalah yang memahami......pahit, manis berhadapan dengan ratusan malah ribuan pelajar setiap hari...dengan pelbagai bangsa, latar belakang, sikap dan tingkah laku yang pelbagai....berbahagialah menjadi seorang guru....
Selamat Hari Guru diucapkan kepada bekas guru-guru ku.....
1. SK Pelangai, Kuala Pilah (1978-1983)
2. SMK Tunku Kurshiah Kuala Pilah (1984-1988)
3. SMK Tuanku Muhammad (1988 -1989)
4. MPTI (1993 -1995)
5. IPG KTI (2009 -
Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada rakan-rakan guru....
1. SMK Serting Hilir Kompleks, Jempol (1995 - Mei1997)
2. SMK Rantau (Mei 1997 - 2002)
3. SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban (2003 - sekarang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan