Sabtu, 19 Mei 2012

HARI GURU DATANG LAGI......





Sambutan Hari Guru SMKTTJ......
Tanggal 16 Mei, seluruh warga SMKTTJ menyambut Hari Guru. Istimewanya kali ini ialah ianya diraikan di 3 tempat yang berbeza dalam satu hari. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang hari. Seawal pagi guru telah dihidangkan dengan sarapan pagi yang enak di taja oleh pihak kantin. Bermula jam 8.00 am majlis dimulakan dengan ucapan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran yang dibacakan oleh wakil guru, ucapan tuan Pengetua Omar bin Ahmad, ucapan ketua pelajar serta nyanyian lagu 'Guru Malaysia', majlis juga diserikan dengan nyanyian lagu "Allah selamatkan Guru' oleh para pelajar diiringi dengan gendang.

Selain acara formal Semua kelas di sekolah ini turut menyediakan banner sambutan dengan corak dan warna yang indah , hasil kreativiti para pelajar. Acara lain yang turut diadakan adalah 'garden party' oleh semua kelas yang diadakan di sekitar perkarangan sekolah secara santai dan juga pelbagai acara permainan yang melibatkan para pelajar dan guru. Antara permainan yang dijalankan ialah bola sepak, bola baling, futsal. Selain ini acara sukaneka turut dijalankan. Acara penutup telah dimeriahkan dengan persembahan pelajar dengan diiringi oleh Band Sekolah yang begitu menghiburkan. Ternyata pelajar SMKTTJ memang berbakat....
 Tidak habis di sekolah sambutan Hari Guru SMKTTJ kemudiannya bersambung ke acara bowling, di Pusat Bowling,  Seremban parade. Semua guru telah menunjukkan bakat masing-masing, dan yang penting guru berasa seronok dan terhibur dengan telatah masing-masing...maklumlah ada di antaranya baru pertama kali memegang bola bowling.

Kemuncak sambutan Hari Guru ialah majlis High Tea di Royal Bintang, Seremban. Semasa berada disini barulah kami semua merasa sangat lapar...kerana ada diantara kami yang tidak sempat mejamah makanan tengahari kerana acara yang begitu padat. Walaupun agak penat tapi kami tetap terhibur......

Buat semua dan Terima kasih di atas segala yang telah diberikan... 'SELAMAT HARI GURU'...
 







 




  


Isnin, 14 Mei 2012

Halaman Hijau.......

Ku Lihat Hijau......

Tujuan tumbuhan hiasan ditanam adalah untuk mengindahkan dan menceriakan sesuatu kawasan seperti rumah, pejabat, pusat perniagaan, pusat pengajian dan sekolah. Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh ditanam sebagai tanaman hiasan seperti pokok bunga kertas, bunga raya ,orkid, siantan, puding dan pelbagai lagi tumbuhan hiasan yang menarik. Pokok hiasan boleh ditanam sama ada di dalam bekas atau di tempat terbuka. Tanaman hiasan mempunyai daun yang menarik, bunga yang pelbagai warna dan bentuk yang unik. Sememangnya keindahan dan kesuburan tanaman yang menghiasi landskap sesuatu kawasan akan memberi kepuasan dan ketenangan jiwa kepada pemilik dan orang yang melihat serta menikmati keindahannya

Saya mula menaman pokok bunga ni masa mengajar di SMK Serting Hilir Kompleks di Felda Serting Hilir. Oleh kerana tinggal seorang dikuarters sekolah, masa lapang saya gunakan untuk menanam pokok bunga ini. pokok bunga yang menjadi pilihan saya ialah pokok bunga kertas.

Setelah berpindah ke Seremban, pokok-pokok ini saya bawa bersama semasa tinggal di rumah sewa di Taman Tuanku Jaafar.

Setelah berpindah ke rumah sekarang, minat terhadap pokok bunga kertas ini masih saya teruskan selain daripada pokok-pokok hiasan yang lain. Sekarang ni tugas penjagaan seperti menyiram, membaja dan mencantas pokok bunga ini dilakukan oleh suami sebab dio yang gilo ngan bunga ni. Tapi biasolah saya yang dapek namo hahaha.....






Sabtu, 12 Mei 2012

HARI GURU....

Catatan Seorang Pendidik......


Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat.



Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi modal insan yang berguna dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.



Oleh itu, kita haruslah berterima kasih kepada mereka, kerana jasa merekalah, maka kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira. Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru. Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jelas mengenai perkara ini.


Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.

Alangkah mulianya tugas seorang guru.....Justeru itu, untuk menghargai jasa-jasa para guru yang telah mendidik kita, wajarlah mereka diraikan...tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi setiap guru kerana pada tarikh tersebutlah mereka diraikan oleh anak-anak didik mereka.....pada hari tersebut mereka cuti daripada mengajar, dan berbagai-bagai aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut.....Tema Hari Guru 2012 "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"...



Hati seorang guru siapalah yang memahami......pahit, manis berhadapan dengan ratusan malah ribuan pelajar setiap hari...dengan pelbagai bangsa, latar belakang, sikap dan tingkah laku yang pelbagai....berbahagialah menjadi seorang guru....



Selamat Hari Guru diucapkan kepada bekas guru-guru ku.....
1. SK Pelangai, Kuala Pilah (1978-1983)
2. SMK Tunku Kurshiah Kuala Pilah (1984-1988)
3. SMK Tuanku Muhammad (1988 -1989)
4. MPTI (1993 -1995)
5. IPG KTI (2009 -
Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada rakan-rakan guru....
1. SMK Serting Hilir Kompleks, Jempol (1995 - Mei1997)
2. SMK Rantau (Mei 1997 - 2002)
3. SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban (2003 - sekarang)

























Khamis, 10 Mei 2012

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.....

 Buat Insan-insan Tersayang......

 

Bila ALLAH cepat memakbulkan doa mu, maka Dia menyayangi dirimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin menguji dirimu….Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat dirimu….Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan , kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.................

favorite colour....


HIJAUUU.......

Hijau ialah warna yang biasa kita nampak dalam alam semulajadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

  •  Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad S.W.A disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam Surah Al-Insan di dalam Al-Quran, pengikut-pengikut Allah S.W.T di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali
  • Warna hijau melambangkan 'jalan' untuk isyarat lampu, isyarat kereta api, dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
  • Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.
  • Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
  • Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
Kalau nak cerita tentang warna hijau memang banyak.......begitu istimewanya warna hijau ini...
Pada saya warna hijau begitu dekat dengan diri saya, dan warna kegemaran saya apabila memilih pakaian...sedar tak sedar dalam koleksi pakaian saya, warna hijau yang menjadi pilihan....tapi jangan tak tahu, ada orang yang fobia dengan warna hijau.....takut, marah dan benci  dengan warna hijau...kelakarkan....hahahaha.....
Macam-macam panggilan untuk warna hijau....ada hijau zamrudn hijau lumut, hijau pucuk pisang,hijau kepala itik dan macam-macam lagi.....haaaa...ada juga orang panggil hijau Petronas, hijau PAS.....apa pun warna hijau warna yang tetap menjadi pilihan....hehehe..

 
Berikut dipetik maksud beberapa ayatAl-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1.” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”


2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”

Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”

Al-Insan: Ayat 21

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keislaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.