Wahai Pemimpin..... tolonglah...jangan bodohkan Melayu....
PRU 13 baru saja berlalu....kemenangan berpihak kepada BN....walau kalah tetapi PR memperolehi undi popular melebihi BN....bermakna rakyat Malaysia ramai yg mengundi PR....Seperti biasa, selesai sahaja PRU, banyak isu2 yang timbul seperti pengundi hantu, pengundi bangla, black out dan pelbagai tuduhan penipuan yang terancaang telah dilakukan oleh SPR seperti yang didakwa oleh pemimpin dan juga penyokong PR...Jika terdapat sebarang penipuan atau bantahan diharapkan ianya dapat disalurkan dengan cara yang betul mengikut undang2...
Satu isu yang sangat menarik perhatian saya ialah tentang isu perkauman....bukannya apa, sebagai seorang pendidik, isu ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keharmonian diantara satu kaum dengan kaum yang lain dimana saya sentiasa bergaul dengan kaum lain di sekolah yang terdiri daripada guru/pelajar cina dan india...di IPG yang terdiri dari rakan-rakan dan pensyarah yang berlainan bangsa.
Saya telah ditanya tentang isu ini oleh rakan cina dan juga pelajar saya...perkaataan racist atau bersifat perkauman sering meniti dibibir kebanyakkan rakyat malaysia kini...dalam laman sosial FB misalnya isu perkauman ini sedang hangat diperkatakan...seolah mengapi-apikan perpaduan kaum yang telah terjalin sekian lama.....
Untuk memperkataakan isu ini perlulaah mempunyai fakta yang lengkap...untuk itu saya mencari punca dimana mula isu perkauman dimainkan.....melalui pembacaan, dapat saya simpulkan isu perkauman ini mula dimainkan apabila DAP memperolehi kemenangan yang banyak dalam PRU 13.....
Sedih......apabila media elektronik dan media massa tidak melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka masih memainkan isu ini seolah-olah mencabar kaum cina...sehingga akhbar utama menuliskan tajuk dimuka surat utama ...Apa Yang Cina Mau.....Saya bukannya menyokong kaum cina tapi yang benar tetap benar yang salah tetap salah.....apatah lagi seorang bekas pelajar saya yang berbangsa cina yang mengambil jurusan perubatan bertanya tentang ini dan mengemukakan bukti2 yang beliau perolehi sepanjang PRU 13....ternyata kaum cina sebenarnya menyokong PK termasuk berkempen dan menyokong PAS......
Masalahnya......
Pemimpin .... buat cerita pada orang melayu terutamanya di kampung, sekarang ini bila DAP menang banyak, orang melayu terancam dan ahli Parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu...Aduhai pemimpin...tolonglah jangan bodohkan Melayu......memang kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP cuma bertanding di kawasan Cina yang lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jadi jika DAP menang pun melayu tak akan berkurang dalam Parlimen Malah kemenangan Pakatan Rakyat dibeberapa tempat menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN....antaranya..
* Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.
4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.
5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.
7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.
* Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu
Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.
2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.
3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,
5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.
6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.
7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.
8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.
Orang bertanya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Ghani Othman bertanding di kawasan cina (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. DAP tak tolak Melayu tapi tolak BN.....
Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni, bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.
1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).
2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)
3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)
Melayu UMNO sokong MCA boleh tapi melayu PAS sokong DASP tak boleh......
Tolonglah kasihan pada orang melayu....Tolonglah pemimpin .... jangan bodohkan orang Melayu lagi....Tolonglah mereka....Mereka pun nak rasa, nak jadi pandai jugak......
Masih percaya dakyah pemimpin yang tak bertanggungjawab. Mereka menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin itu sendiri......Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
* Fakta tersebut saya petik dari Ketua Penerangan PAS Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan