Berkhemah
Sempena cuti raya cina tempohari,kami sekeluarga mengambil keputusan untuk aktiviti outdoor di Ulu Bendul. Anak-anak yang paling gembira bila ayahnya mencadangkan untuk berkhemah di Ulu Bendul....saya tidak begitu teruja...maklumlah org pompuan mana suka aktiviti2 sebegini...org pompuan lebih suka pergi ketempat2 yang dingin, nyaman dan selesa spt shooping kompleks...hehehehe....
Awal pagi lagi anak2 telah bangun dan bersiap sedia untuk pergi berkhemah.....sempat menghubungi abg dan kakak sepupunya utuk turut serta..saya yang kurang teruja akhirnya mengakui bahawa aktiviti2 sebegini banyak manfaatnya kepada anak-anak. Mereka lebih berdikari dan bekerjasama selain merapatkan lagi hubungan kekeluargaan memandangkan 2 org anak tinggal di asrama.....tambahan pula kakak dan abg saya turut serta bersama dengan anak2 mereka.
Jauh dari hiruk pikuk kehidupan di bandar, digantikan dengan deruan air, kicauan burung2 dan segala macam hidupan dihutan menjanjikan ketenangan yang luar biasa. Terasa seronok pula..... tapi bila hari semakin merangkak ke malam, mata pun susah nak lelap, perasaan takut mula menguasai diri...macam2 yang terlintas difikiran takut pokok tumbang dan menimpa kami, binatang buas, hantulah dan perkara yang bukan2 terlintas difikiran. Apa pun perkhemahan ini amat meyeronokkan dan anak2 meuntut lagi aktiviti sebegini pada masa cuti yang akan datang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan