Berkhemah
Sempena cuti raya cina tempohari,kami sekeluarga mengambil keputusan untuk aktiviti outdoor di Ulu Bendul. Anak-anak yang paling gembira bila ayahnya mencadangkan untuk berkhemah di Ulu Bendul....saya tidak begitu teruja...maklumlah org pompuan mana suka aktiviti2 sebegini...org pompuan lebih suka pergi ketempat2 yang dingin, nyaman dan selesa spt shooping kompleks...hehehehe....
Awal pagi lagi anak2 telah bangun dan bersiap sedia untuk pergi berkhemah.....sempat menghubungi abg dan kakak sepupunya utuk turut serta..saya yang kurang teruja akhirnya mengakui bahawa aktiviti2 sebegini banyak manfaatnya kepada anak-anak. Mereka lebih berdikari dan bekerjasama selain merapatkan lagi hubungan kekeluargaan memandangkan 2 org anak tinggal di asrama.....tambahan pula kakak dan abg saya turut serta bersama dengan anak2 mereka.
Jauh dari hiruk pikuk kehidupan di bandar, digantikan dengan deruan air, kicauan burung2 dan segala macam hidupan dihutan menjanjikan ketenangan yang luar biasa. Terasa seronok pula..... tapi bila hari semakin merangkak ke malam, mata pun susah nak lelap, perasaan takut mula menguasai diri...macam2 yang terlintas difikiran takut pokok tumbang dan menimpa kami, binatang buas, hantulah dan perkara yang bukan2 terlintas difikiran. Apa pun perkhemahan ini amat meyeronokkan dan anak2 meuntut lagi aktiviti sebegini pada masa cuti yang akan datang....
Jumaat, 22 Mac 2013
Khamis, 21 Mac 2013
SHOOPING...MEDAN
Pajak Ikan ..Pasar Ikan....
Hahaha...mula-mula dengar macam tempat jual ikan macam pasar2 kita kat sini.....rupa2 nya tempat membeli belah.. Biasanya orang datang membeli-belah di sini untuk membeli kain,
baju batik, tudung2 telekung, baju kebaya, kain pelekat dan sebagainya. Mula2 auntie kata pasar ikan ni tutup kerana indonesia cuti umum....frust lah jugak....tapi om bilang mesti buka...so seawal pagi masing2 dah berkobar2 nak shooping di pasar ikan ni...lagi satu kalau berkunjung ke Medan tidak sah kalau tak membawa balik bika ambon dan kek lapis sebagai buah tanggan. .JOM SHOOPING....
DANAU TOBA...
Danau Toba - Brastagi....
Danau Toba adalah sebuah tasik vulkanik dengan ukuran pajang100 km dan lebar 30 km yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Merupakan tasik gunug berapi yang terbesar di dunia. Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau bernama Pulau Samosir.
Danau Toba dan Brastagi merupakan tempat pelancongan yang mesti dilawati apabila menjejakan kaki ke Medan. Berpeluang menjejakkan kaki ke sini, saya, suami dan rakan2 mengambil kesempatan untuk berkunjung ke sini. Perjalanan dari Medan ke Brastagi masih boleh tahan lagi tetapi dari Brastagi ke Danau Toba amat meletihkan dengan keadaan jalan raya yang amat teruk sekali dengan lubang2 dan berlopak2. Apa pun setelah sampai ke sini semua kepenatan hilang sama sekali.....sungguh cantik, nyaman dan mendamaikan......
Langgan:
Catatan (Atom)