(5 November 2012)
Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif dengan ketinggian 2392 m diatas permukaan laut. Berada dalam empat wilayah iaitu Kabupaten Probolingo, Pasuruan, Lumajang dan Kabupaten Malang.
Dengan statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif guug Bromo mejadi salah satu wisata yang paling terkeal di daerah Jawa Timur. Selama abad XX gunung Bromo meletus sebanyak 3 kali dengan interval waktu yang teratur iaitu 30 tahun. Letusan gunung Bromo terjadi pada tahun 1974, menyusul tahun 2010 bulan September gunung Bromo kembali meletus. . Bagi suku kaum Tengger penduduk Bromo, dipercayai sebagai gunung suci.
Menurut penduduk disini semasa Bromo meletus pada tahun 2010 yang lalu, selama 9 bulan mereka tidak bekerja. Semua tanaman dan hasil ternakan musnah sama sekali. Selama tempoh tersebut, keperluan penduduk ditanggung keseluruhannya oleh kerajaan Indonesia. Selama masa tersebut, mereka bergotong royong membersihkan jalan raya yang dipenuhi debu setebal 2-3 meter dan membersihkan bumbung rumah dengan debu tebal. Jika bernasih baik sekitar bulan Julai, salji akan turun di gunung Bromo.
Permandangan di Gunung Bromo sangat cantik sehingga ada yang mengatakannya sebagai sebuah lukisan.....itu yang mengamit untuk kami kesana.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan