Isnin, 11 Jun 2012

Bahayanya Seekor Nyamuk......

Dengue fever.....aduhaiiiii....

Tanggal 26 Mei bertolak ke JB lepas subuh coz kelas bermula jam 11.00 pagi....sampai IPG dah pukul 10.00 am, terus angkat barang dan berkemas. Kelas ngan En. Sufian jam 1.45 pm. Masa ni badan dah rasa tak sedap je.....mlm dah start menggigil sejuk, telan 2 biji panadol dah rasa ok....
27 Mei, mula2 kelas dengan En. Razif...dia soh beli air badak....kata nya menyejukkan badan...tengahari gi beli air badak 2 botol ngan Fiza (first time minum)...rasa cam air kosong je....ok lah....Tengahari kelas ngan En. Hanan tidur je...hehehe.....nasib baik dia tak marah....
Demam tak kebah2 samapailah hari rabu bila masuk kelas En. Sufian, dia cakap mungkin denggi sbb isteri dia pun skrg ni kat hospital sbb denggi, alamak takut nya......Fiza dah Shahrine hantar di Hospital Sultanah Aminah JB gi amik darah....mmg plt darah dah turun ke 110....Doktor suruh datang keesokka harinya untuk repeat ambil darah.....hari khamis Fiza hatar gi Klinik Kesihatan Lakin....plt turun lagi  ke 80..comeh jugak ni.....dr soh masuk wad....alamak camne ni nak exam la pulak......Bagi tau Fiza soh dia balik dulu coz gi Hospital Sultanah Aminah naik ambulan (first time naik ambulan ni...)...sedih lah pulak , dah lah demam di tempat orang nasib baiklah ada kawan2 yag begitu perihatin menolong.....Sampai kecemasan, dr check dan ambil darah lagi.....pas tu masuk wad C3...alamak sesakya....aduhhh.....Fiza datang hantar barang2 keperluan.....lepas tu nurse datang bagi tau kena pindah Wad B 1, alhamdulillah...wad ni lebih selesa....malam tak boleh tidur, seluruh badan dah merah2 dan rasa sangat gatal....sampai hari ahad dah masuk 7 botol air.....minta kuar wad dengan dr sbb risau sangat nak exam...tapi macamana nak baca buku ni...mata sakittttt......Pengalaman yang tidak dapat dilupakan 4 hari di hospital...macam2 yang dijumpa...apalah sangat dengan ujian ini, ada  yang lebih dasyat lagi meghadapi dugaan Allah....., benar2 menguji kesabaran......Fiza pulak cite pak cik dia bru meninggal sbb denggi...alamak laie lah den comeh....Dini dan Iqi di Sban pun turut demam....Kedua-duanya sampai berdarah hidung, alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan.......


Sedikit info tentang Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda-tanda Demam Denggi....

Cirit-birit
Demam secara mengejut
Loya dan muntah-muntah
Ruam dan gatal-gatal
Sakit bahagian belakang biji mata
Sakit kepala yang teruk
Sakit otot dan sendi yang teruk
Sakit perut
Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)


Geramnya tengok nyamuk niiiii.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan