Jumaat, 21 Disember 2012

Jombang....

BARENG JOMBANG.....


Berkesempatan menziarahi rumah bibik Misiyah di Jombang. hasil pedapatan selama 5 tahun bekerja di Malaysia, bibik telah membeli tanah dan mula membina rumah. Keadaan rumah masih dalam pembinaan. Terima kasih banyak-banyak kerana telah membantu saya menjaga anak-anak Hafiy, Diniy, Hadiy dan Haqqiy (FIYNIYDIYQIY) yang bunddleee bangattttt..

Suami bibik, Lokman masih bekerja di Malaysia. Ketiadaan bibik Misiyah untuk membantu menjaga anak-anak digantikan oleh bibik Rukmiati juga berasal dari sini....sebetulnya bibik Misiyah yang membantu saya mencarikan pengantinya...

Suami dan wak kepin...juga bekas pekerja di kebunnya..




Di hadapan rumah bibik yang belum siap sepenuhnya
























Selasa, 11 Disember 2012

GUNUNG BROMO.....

Gunung Bromo.....Probolingo...
(5 November 2012)

        Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif dengan ketinggian 2392 m diatas permukaan laut. Berada dalam empat wilayah iaitu Kabupaten Probolingo, Pasuruan, Lumajang dan Kabupaten Malang.

        Dengan statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif guug Bromo mejadi salah satu wisata yang paling terkeal  di daerah Jawa Timur. Selama abad XX gunung Bromo meletus sebanyak  3 kali dengan interval waktu yang teratur iaitu 30 tahun. Letusan gunung Bromo terjadi pada tahun 1974, menyusul tahun 2010 bulan September gunung Bromo kembali meletus. . Bagi suku kaum Tengger penduduk Bromo, dipercayai sebagai gunung suci.

         Menurut penduduk disini semasa Bromo meletus pada tahun 2010 yang lalu, selama 9 bulan mereka tidak bekerja. Semua tanaman dan hasil ternakan musnah sama sekali. Selama tempoh tersebut, keperluan penduduk ditanggung keseluruhannya oleh kerajaan Indonesia. Selama masa tersebut, mereka bergotong royong membersihkan jalan raya yang dipenuhi debu setebal 2-3 meter dan membersihkan bumbung rumah dengan debu tebal. Jika bernasih baik sekitar bulan Julai, salji akan turun di gunung Bromo.

         Permandangan di Gunung Bromo sangat cantik sehingga ada yang mengatakannya sebagai sebuah lukisan.....itu yang mengamit untuk kami kesana.....









Rabu, 15 Ogos 2012

We gonna miss ya Ramadhan

10 Malam Terakhir Ramadhan Yang Bakal Menjelang.....

Alhamdulillah, tidak lama lagi Syawal akan menjelang. ini bermakna  Ramadhan telah masuk ke fasa terakhir iaitu Fasa yang dijanjikan dijauhkan dari api neraka dan Insya-Allah, antara malam-malam kesepuluh ini kita bakal berjumpa dengan malam Lailatul-Qadar, malam yang sangat-sangat istimewa, malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam ini dinanti-nantikan oleh hamba-hambaNya yang beriman....Insya-Allah. Jadi, jangan kita lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk membangkitkan semangat memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan ini, sama-sama kita muhasabah diri kita semua. Berdoa kepada yang Esa semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.
 
Sekejap masa berlalu dan Ramadan hampir ke penghujungnya.....
Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadan......
terdetik di hati adakah ini Ramadan terakhir kita.....
Apakah kita sudah bersedia untuk menghadap Sang Pencipta......
Sepuluh Ramadan ini juga antara hari yang bakal
berlakunya Lailatul qadar, justeru umat Islam
sememang digalakkan lebih beribadat, berzikir,
bertasbih mendekatkan diri padaNYA.

Gambar :ehsan dri Google...



OPEN YOUR EYES....

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah

gambar : ehsan dri Google...
OPEN YOUR EYES

















Selasa, 10 Julai 2012

Mak aiii...sombongnye awakkkk.....






Hari ini betul2 angin satu badan .....apalah sombong sangattttt.....tak boleh ke kita sebagai manusia ni merendahkan diri. Apalah salahnya jika memohon maaf....habis cerita ni tak siap pulak DIA sindir kakak ni...pikirlah...jgn ingat kita sbg guru, kita lebih baik dri org lain...mmg kakak ni tak sekolah tinggi tp ianya bukan alasan untuk kita bahasakan kakak ni untuk menegakkaan kebenaran yang belum tentunya benar....kasihan kakak tu....
Malu sangat ada kawan macam ni....dah tu pulak seorang guru...Ya Allah...berilah taufik dan hidayah kepadanya..patutlah tak ada kawan...tau lah awak tu belajar tinggi..tp ingat apa yang ada pada kita sekarang ni semuanya sementara hanya pinjaman semata-mata hatta suami sendiri....tak heranlah suami sendiri pun awak boleh rendah2kan...mentang2 lah suami tu tak belajar tinggi mcm awak..sedap je mulut mengata....nauzubillah...

Eeeiiii geramnya....mmg dah lama simpan perasaan ini, mmg mulut manis dihadapan kita tp dibelakang hanya Allah yang tahu. bukan menuduh tapi kawan baik sendiri yang dihasut....Manusia yang dengki, busuk hati, tak boleh lihat orang lain lebih dari dia...bukan saya aje, rakan yang lain siap 'melabel' member ni dengan mcm2 gelaran....tapi saya tak lah begitu sedap2 melabel orang.....saya sedar kita sebagai manusia ni mmg tak sempurna...banyak kelemahan tapi apalah salahnya jika kita sama-sama muhasah diri, merendah diri dan mengakui kesilapan diri....saya pun banyak kekurangan.....huhuhu.....



Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus....

ingat ye kawan jangga bangga sangatttt.....








Marilah kita sama-sama muhasabah diri.....



KARNIVAL GEGAR RIA SMKTTJ....


Perkara yang sukar bila ada kerjasama dan sikap tolong menolong akan memudahkan kerja...
nilai yang boleh dipelajari daripada gambar ini.....


Karnival Gegar Ria...

Alhamdulillah karnival yang dok difikir setiap hari dah berakhir ahad lepas........penat dah dok memikir hal yg berkaitan dengan pertandingan memasak ni , (saya lah incharge, dibantu oleh Norlida...) nampak macam mudah tapi banyak benda yang nak kena fikir....
Sebermulalah..(pinjam kata2 Tn. Hj Arif hehehe....) dari menetapkan tema masakan sampailah mencari sponsor...ada yg dapat ada yang tidak....biasalah siapa yang nak beri percuma barang2 kan....Alhamdulillah dapat jugalah ikan talapia yang ditaja oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan..terima kasih kepada pengarahnya En. Wan...dan juga kak Liza yang sudi membantu.....
Selain itu saya dan kak Liza ada juga membuka gerai jualan untuk kelab DIY. Hahaha...dalam cikgu lain dok kalut memikirkan untuk memasak itu ini, saya dan kak Liza sepakat untuk tempah je....malas nak masak bebanyak ni....menu yang dipilih ialah nasi lemak, ayam sambal, sambal kerang, sambal paru dan nasi kerabu..jualan habis dalam pukul 2 ptg..
Lemah longlai lutut kehulu dan kehilir, turun naik tangga...bila dah selesai ni lega sangat2....

Rabu, 4 Julai 2012

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga



Assalamualaikum....

Untuk peringatan bagi diri sendiri, anakku Nurdini, sanak saudara, rakan2 dan juga anda semua.....

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Perkongsian Ilmu....Sumber: http://www.cahayaislam.net/

Sabtu, 16 Jun 2012

PULAU SIBU ......




Catatan Perjalanan Bina Insan Guru Sept 2011

Berkeluasan panjang 6km merupakan salah satu gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor. Antara pulau-pulau yang berdekatan ialah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya. Untuk ke Pulau Sibu ini, perkhidmatan bot disediakan di Tanjung Leman.
Seawal 5.30 pagi kami telah bangun dan setelah selesai bersolat serta pengurusan diri kami telah pergi ke kafateria untuk bersarapan pagi. Pada pukul 7.00 pagi, semua peserta telah berkumpul dihadapan bangunan HEP untuk menunggu ketibaan bas. Ketua opsyen telah memberikan sedikit sebanyak penerangan dan taklimat untuk bertolak ke Pulau Sibu dengan menaiki bas IPG. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Cikgu Sabri bin Sabir, memohon kepada Allah semoga perjalanan kami selamat menuju ke distinasi.Pulau Sibu. Bermacam-macam tanggapan dan persoalan bermain di fikiran para peserta.

Setelah menyusun semua barangan keperluan dan beg-beg kami di dalam bas, kami pun bertolak menuju ke jeti Tanjung Leman, Mersing yang menjadi pusat transit untuk menaiki bot ke Pulau Sibu. Perjalanan kami tidak menempuh sebarang halangan dan alhamdulillah kami telah selamat tiba di jeti Tanjung Leman setelah menempuh perjalanan selama 2 jam. Semasa menunggu kehadiran bot untuk membawa kami ke Pulau Sibu, kami telah berjalan-jalan di sekitar kawasan Jeti tersebut dan ada diantara kami yang masih sempat untuk membeli barangan keperluan dan juga makanan. Pelbagai maklumat mengenai Pulau Sibu boleh kami dapatkan daripada sudut pelancongan yang terdapat di situ. Kami merasa sangat teruja dan tidak sabar untuk sampai ke pulau sibu....
. Setelah bot tiba, kami telah bekerjasama untuk mengangkat  barangan, beg pakaian dan sebagainya ke dalam bot. Walaupun barang-barang yang dibawa bawa agak banyak, namun berkat daripada kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli, maka kerja-kerja itu menjadi mudah dan pantas. Setelah selesai, bot pun memulakan perjalanan meninggal kan jeti Tanjung Leman. Kesemua peserta telah diarahkan menggunakan jaket keselamatan sepanjang berada di dalam bot. Para pensyarah telah menaiki bot laju menuju ke Pulau Sibu. Perjalanan ke Pulau Sibu telah mengambil masa 45minit hingga 1 jam. Cuaca dan ombak laut yang tenang dan tidak terlalu bergelora menyebabkan perjalanan kami tiada halangan dan menjadi mudah.  Pemandangan indah di sepanjang laluan juga telah menarik minat kami dan amat bersyukur dengan keindahan ciptaan Tuhan ini.


Setelah tiba di Pulau Sibu, kami telah di tempatkan di tapak perkhemahan yang berupa chalet penginapan. Kami telah disambut oleh tuan punya tapak perkhemahan dan telah disajikan dengan makan tengahari. Setelah selesai menjamu selera, bersolat dan pengurusan diri yang lain, tepat jam 3.00 kami telah berkumpul dan bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu untuk program khidmat masyarakat iaitu membersih kan kawasan sekolah dan  membersih kan pantai di Pulau Sibu itu. Walaupun  kawasan pantai ini dan pemandangan sangat cantik tetapi tetap tercemar dengan sikap sesetengan orang yang suka membuang sampah dimerata-rata tempat. Kami telah diberikan taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memungut sampah sarap bermula daripada jeti Pulau Sibu hingga ke hadapan Sekolah Pulau Sibu. Sampah sarap yang kami kutip disepanjang pantai, kami kumpul kan di satu tempat untuk dibakar. Pada perancangan awal, program gotong royong yang berjalan selama 2 jam ini turut disertai oleh penduduk kampung tapi malangnya di saat akhir mereka tidak turut serta kerana sibuk dengan pekerjaan mereka.
Sekitar jam 8.30 malam, aktiviti barbecue diadakan. Bekalan yang kami bawa iaitu ayam dan sosej sedia untuk dibakar. Pihak pengurusan chalet juga telah menyediakan ayam dan juga ikan-ikan segar. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan kami dapat menikmati hidangan barbecue yang lazat dan menyelerakan.
Keesokan hariya kami terus bersarapan sebelum kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Sibu. Peralatan untuk snorkeling telah kami bawa bersama daripada IPG . Antaranya ialah goggle dan juga life jacket. Ini telah menjimatkan perbelanjaan kami sepanjang tempoh perkhemahan kerana kami tidak perlu untuk menyewa peralatan tersebut disana.
Tepat jam 8.00 pagi kami telah bergerak dengan bot mengelilingi Pulau Sibu sambil menikmati panorama alam sekeliling yang indah. Setelah sampai ke destinasi yang dituju iaitu sebuah pantai yang indah, kami semua telah diberikan sedikit sebanyak taklimat ketika berada didalam air untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini oleh En. Mohd Jasa bin Siraj. Seterusnya kami diarahkan untuk memakai peralatan untuk snorkeling.

 Sesungguhnya kami merasa tidak sabar lagi untuk meneroka pemandangan dan hidupan didalam laut.  Sambil snorkeling kami juga berenang tanpa rasa penat sehingga jam 11.00 pagi.  Kami begitu asyik meneroka pemandangan didasar laut dan berbekalkan roti yang dibawa untuk diberikan kepada ikan-ikan, kami dapat melihat pelbagai jenis ikan yang mengerumuni roti yang kami taburkan. Lagi jauh kami berenang dan snorkeling lagi banyak pemandangan yang kami lihat seperti karangan laut, ikan yang cantik-cantik dan timun laut. Setelah penat kami berehat di tepi pantai sambil berbual-bual dengan rakan tentang pengalaman masing-masing. Ada diantara rakan yang menyarankan supaya pergi sedikit ke tengah laut untuk snorkeling kerana di sana terdapat lebih banyak ikan.  Setelah berehat selama 10 minit, saya dan rakan-rakan turun semula ke laut untuk menyambung aktiviti didalam air sehingga kaki saya kejang. Saya berasa cemas dan meminta rakan membantu saya ke pantai. Walaupun dalam keadaan sakit pada masa tersebut tetapi saya tetap berasa amat seronok dan ianya merupakan satu pengalaman yang amat berharga.


Sesungguhnya Pulau Sibu masih tidak tercemar dengan pencemaran dan ianya menyedarkan saya betapa pentingnya agar khazanah alam ini dapat dipelihara untuk tatapan generasi yang akan datang kelak. Semasa berehat pada waktu tengahari, kami telah mengambil kesempatan untuk membersih kan kawasan pantai daripada sampah sarap yang hanyut ke pulau itu. Setelah dikumpulkan, kami mengambil keputusan untuk membakar sampah sarap tersebut, memandang kan kami tidak membawa peralatan yang membolehkan kami menanam kesemua sampah sarap tersebut. Kami telah pulang ke kawasan perkhemahan pada pukul 2 petang.
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Pulau Sibu. Setelah selesai bersarapan,kami telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu yang terletak di  Kampung Duku. Kami telah merancang untuk melakukan aktiviti bersama dengan para pelajar SK Pulau Sibu. Memandangkan saya mengajar di sekolah menengah, aktiviti bersama pelajar SK Pulau Sibu ini merupakan pengalaman baru bagi saya.  Jumlah murid di sini hanyalah seramai 22 orang murid dan 8 orang guru. Acara pagi  telah dimulakan dengan perhimpunan di tapak perhimpunan dan bacaan doa oleh adik Safuan bin Ali (darjah3) yang dengan lancar dapat membaca doa ketika perhimpunan itu. Kemudian kami telah dibawa ke bilik J-Qaf untuk bacaan yassin yang  telah dijadikan budaya di sekolah ini setiap hari Jumaat dikalangan guru dan pelajar.
Setelah selesai bacaan Yassin itu, kami pun memulakan sesi ‘ice-breaking’di kantin lama SK Pulau Sibu yang telah dikendalikan oleh kami semua dan diketuai oleh cikgu Rahmah dan juga cikgu Abdul Rahim. Sambutan daripada para pelajar sangat menggalak kan  dan mereka amat gembira dapat mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. sesungguhnya pelajar di SK Pulau Sibu ini sangat berdisiplin dan mendengar kata.
Kemudian, dibawah kelolaan cikgu Abdul Malek bin Kasdi dengan dibantu oleh kami semua, para pelajar ini telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Beberapa acara sukaneka  telah dijalankan mengikut  stesen-stesen yang berlainan dan para pelajar haruslah menghabiskan permainan yang telah dirancang seperti sepakbola, gelek gelung rotan dll. Dari raut wajah para pelajar, ternyata mereka berasa amat seronok sekali dalam menyertai aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.
 Setelah selesai semua acara yang dijalankan, maka  sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pelajar dan pihak pengurusan sekolah telah dibuat. Jelas kegembiraan terbayang di wajah mereka. Saat bersalaman untuk berpisah menimbulkan rasa sayu dihati masing-masing. Terasa amat sekejap untuk kami beramah mesra dengan pelajar dan guru di sekolah ini. Namun apakan daya masa tidak mengizinkan kami untuk tinggal lebih lama di sini. 
Setelah selesai acara penyampaian hadiah, kami pun pulang ke tempat penginapan dan kami telah mengadakan majlis penutup yang serba ringkas. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada  Encik Yazit bin Ali, para pensyarah pengiring , guru-guru SK Pulau Sibu, para pelajar SK Pulau Sibu dan seluruh penduduk di Pulau Sibu.
Setelah selesai majlis, kami pun menjamah jamuan makan tengahari yang begitu enak. Boleh dikatakan setiap hidangan yang disajikan begitu enak dan amat memuaskan  hati kami. Tidak disedari selama 3 hari di sana saya telah mengalami peningkatan berat badan sebanyak 2kg. Walaupun berat hati untuk  meninggal kan pulau tersebut, tapi kami terpaksa juga pulang. Pengalaman yang diperolehi  sewaktu pelaksanaan program Bina Insan Guru ini telah banyak mematangkan saya dari segi memberikan kerjasama bersama-sama rakan sekelas dalam menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan kepada kami. Ini kerana, dengan kerjasama yang telah diberikan, ianya memudahkan dan melancarkan segala tugasan sepanjang tempoh BIG ini berlangsung.