Adalah menjadi dilema bagi ibu bapa yang bekerja untuk membuat keputusan untuk meninggalkan bayi dan anak-anak mereka semasa mereka keluar bekerja. Disebabkan keinginan untuk memberi keselesaan pada anak-anak yang masih kecil, kebanyakkan ibu bapa mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah. Kemungkinan ini disebabkan oleh ibu bapa berpendapat jika anak-anak ditinggalkan di Taska, anak-anak kecil ini tidak diberi perhatian yang sepenuhnya kerana terdapat ramai bayi dan kanak-kanak lain yang turut tinggal disitu.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa dimana seorang pembantu rumah di Kuantan, Pahang telah melambung anak majikannya yang berusia 4 bulan. Bayangkan kalau anak kita diperlakukan sedemikian rupa. Kejadian ini diketahui apabila bapa kepada bayi tersebut melihat sendiri rakaman CCTV melalui komputer riba miliknya......
Kelahiran anak ke 2 pada tahun 2000 menyebabkan kami suami isteri mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah. Bibik yang Pertama ialah Sarmi yang berasal dari Binjai , Medan Sumut. Yang kedua bibik Misiyah dari tahun 2004 hingga 2008 dari Jombang, surabaya. Setelah lima tahun disini bibik Misiyah minta izin utuk balik ke Jombang untuk menjaga 2 org anaknya memandangkan suami bibik, Lokman telah datang bekerja di kebun milik kami.....Bibik Misiyah telah mencari pengantinya yang berasal dari kampung yang sama iaitu Bibik Rukmiati.....bibik Rukmiatri telah membantu menjaga anak2 kami sehingga tahun 20012...
Selama 12
tahun kehidupan keluarga kami di bantu oleh bibik2 yang banyak berjasa ini. Memandang kan anak2 telah besar dan boleh berdikari, kami telah sepakat untuk tidak mengambil lagi pembantu....., pada mulanya agak kelam kabut juga..akhirnya kami dapat membiasakan diri dengan keadaan yang baru....
Bibik Misiyah |
Bibik Rukmiati |