Selasa, 23 Jun 2009

Beting......Boting.....













Kampung Kelahiranku.......

Dikenali dengan nama kampung Beting atau biasa disebut Boting oleh penduduk disini. Terletak kira-kira 6 km dari pekan Kuala Pilah..Sebuah kampung yang cantik...ye ke...(masuk je simpang kg ni kiri dan kanan adalah jirat cina..hahaha...) dan penduduknya hidup aman dan damai serta bantu membantu diantara satu dengan yang lain.
Kalau nak bercerita tentang kampung ni, memang banyak....Sekarang ni boleh dikatakan semua anak-anak kampung ni telah keluar berhijrah ke bandar-bandar besar untuk bekerja..(termasuklah saya hehehe)..dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi. Walaupun ramai yang telah berhijrah, dihujung minggu kampung ini meriah kembali apabila anak-anak pulang menziarahi ibu bapa dan keluarga....

Kampung ini juga terkenal kerana salah seorang anak mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah berkahwin dengan salah seorang anak penduduk kampung ini..(kawan den lah tu...hehehe ingat laie tak agak eh kek kampung Boting ni....samo-samo naik bas poie sekolah...). Laie satu...pernah anak kg Boting ni mengecap glemar dalam dunia hiburan tanah air iaitu Dwan Olan yang lagu eh menusuk kalbu tu....Kenangan Semalam dan Cinta Bandar Tasik Selatan.....opppp...lupa ado laie sorang Amir pemain drum kumpulan Laksamana juga pernak mengecap glemer yang terkenal dengan lagu Gugurnya bunga cinta...


Selain itu projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan di Mukim Parit Tinggi yang terletak kira-kira 2 km dari kampung Boting ini menyebabkan nama kampung Beting terus dikenali. Kampus ini terletak di kawasan seluas 160 ekar bagi membina infrastruktur yang diperlukan untuk menampung 2000 pelajar telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Projek yang memakan masa 24 bulan ini dijangka siap pada 12 Mac 2009. Peruntukan bagi projek ini berjumlah RM 150 juta. Majlis Pecah Tanah kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Ogos 2007.

UiTM Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusan Perniagaan dan program Pra Perdagangan.

Projek pembinaan kampus tetap merangkumi :

Bangunan Fakulti Sains Gunaan (Bilik Pentadbiran, bilik pensyarah, bilik kuliah, makmal-makmal sains, makmal komputer, dewan kuliah berkapasiti 100 dan 200 orang)

•Pusat Kesihatan
•Pusat Pelajar
•Pusat Rekreasi / Sukan
•Perpustakaan
•Kolej Kediaman siswa/i berkonsep kan apartmen
•Kafeteria
•Pos pengawal keselamatan

Kampus UiTM Negeri Sembilan mengguna pakai konsep kampus di dalam hutan (campus in the forest) bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai. Memang sangat indah, nyaman dan damai. Pendek kata memang sesuai untuk pusat pengajian.

Haaaaa.......kepada kawan-kawan yang anak anak belajar kat sini bolehlah singgah di rumah saya. Kepada anak murid, kalau dapat belajar kat sini bolehlah sewa rumah cikgu....hehehe.....




 
Masa ni baru buka, student pun belum ada lagi tp bahagian pentadbiran dah beroperasi. Masa ni nak masuk melawat masih laie dibonarkan...memang cantik dan luas....