Khamis, 10 Januari 2013

Tanjung Piai..


Tanjung Piai....
Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia....

Tanjung Piai ini dikenali sebagai Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ianya terletak di mukim Kukup, berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Ianya menjadi tarikan  pelancong di sekitar Pontian ,Johor dan negara jiran kita Singapura.

Kami ke sini kerana menjayakan program Khidmat Masyarakat dengan menanam anak pokok bakau dan juga membersihkan sampah sarap yang terdiri daripada botol2 plastik, kaca, tin dan sebagainya yang begitu banyak sekali. Menurut pekerja disini...walaupun telah dibersihkan, sampah2 tetap banyak dibawa oleh ombak kepantai.

Tg. Piai juga merupakan Tanah bencah iaitu  kawasan daratan dan kawasan berair yang bertemu.Kawasan tanah bencah sentiasa bertakung airnya sepanjang tahun.Mengikut Persidangan Ramsar(Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia),tanah bencah merupakan kawasan seperti paya, paya gambut, kawasan berair sama ada buatan manusia atau semulajadi, bersifat kekal atau sementara dengan air mengalir atau bertakung, air payau atau air masin termasuklah air yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter semasa air surut.( Definisi Persidangan Ramsar di Iran tahun 1971,Malaysia bermula pada tahun 1995 dengan Tasik Bera Pahang merupakan lokasi pertama pertama diisytiharkan sebagai kawasan Ramsar atau bencah pertama negara.)









APPLE MALANG....

Memetik buah apple di Malang....

Kusuma Agrowisata Malang,  Terletak di kawasan tanah tinggi, kota ini memang terkenal sehingga setiap kali musim cuti tiba ramai yag berkunjug untuk memetik buah apple.  Apple di Kusuma Agrowisata Malang sering disebut juga dengan apple Malang memiliki rasa yang khas dan berbeza dengan apple  import. Bentuknya lebih kecil dengan warna hijau kekuningan. Rasanya yang lazat dan baunya yang harum cukup mengundang selera.  Tak lengkap rasanya jika dah berkunjung ke sini  belum merasa memetik apple  batu terus dari pohonnya.

Setibanya di kebun apple , saya terpesona melihat begitu banyaknya pohon apple dengan buah apple yang begitu banyak, dan tak sabar untuk memetik dan memakannya.

Petik Ayo Petik, ternyata apple disana ada berbagai jenis, Apple Manalagi , Apple untuk diet , Apple untuk Juice dan Apple merah ... hmmm enak sekali ...