Rabu, 26 Jun 2013

Kopi Bondowoso

Assalamualaikum...
Bertemu kembali...masih cerita pasal kopi.... walaupun idea buat blog ini cuma untuk mengisi masa lapang. Lagipun pesan Prof Ungku Aziz untuk sentiasa sihat ialah banyakkan bersenam dan menulis.
Selalu cerita kopi bukan apa, sebab ia terlaku istimewa buat saya....omputih kata Coffee....Insyallah akan datang cari idea lain pulak...
 Minggu lepas saya telah ke Jakrata dan Surabaya selam 3 hari. Saja jalan jalan ikut suami jumpa kawan, di Jakarta jumpa Pak Ande dan di Surabaya jumpa Pak Fatur...Di Jakarta cuma 6 jam(2jam dalam kereta sebab macet/jammed), suami bincang sikit pasal bisnes dengan Pak Ande tapi sempat jugak kena kopi di Jakarta. Lepas tu terus ke Bandara(airport) Sukarno Hatta ambil flight ke Surabaya(Lion Air tambang murah macam AirAsia ).
Sampai Airport Juanda pukul 10 malam. Pak Fatur dah tunggu terus ke Kabupaten Bondowoso, Lebih kurang 4 jam perjalanan dari Surabaya..Sepanjang perjalanan sempat singgah di Probolingo kena sup buntut (sup ekor) dan singgah sebentar dikampung yag ditimbus lumpur tu (Lapindo kalau tak silap)
Sampai di Bondowoso 30 min nak masuk waktu Subuh... Solat di Masjid Besar Bondowoso.. Lepas subuh ada majlis maulidur rasul.. ikut sekali... menitis air mata selawat punya lah syahdu...suara imam betul betul power.
Sempat jugak singgah di Pasar ternak atau pasar Hewan (haiwan) Bondowoso. Di Malaysia belum ada lagi... Penternak dari kampung akan membawa kambing, biri biri, lembu dan kerbau yang masih hidup ke

kawasan lapang(macam pasar tani). Di sana ternakan akan dijual beli mcam kita jual beli barang barang dapur. Pasar tesebut habis pukul 10 pagi. Tidak kurang 100 haiwan terjual pada setiap kali pasar tersebut diadakan. Sebelum ini saya pernah ke Pasar Ternak Tanah Abang di Jawa Barat.
Tujuan utama ke sini adalah untuk melihat sendiri penanaman kopi di tanah tinggi, Desa Suko Sawah. Bondowoso merupakan daerah pergunungan yang suhunya sangat nyaman. Pak Fatur telah menemukan kami dengan Pak Zainal salah seorang pengusaha kopi yang mempunyai ladang yang luas di Desa Suko Sawah. Perjalaan dari rumah Pak Zainal memakan masa 2jam untuk sampai ke kebun kopinya. Cuma pacuan 4 roda dan motor sahaja yag boleh boleh digunakan kerana ketinggian paras tanah mencapai sehingga 1500meter dari aras laut.
 Pak Zainal telah terlibat dengan perusahaan kopi lebih 40 tahun. Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang boleh diperolehi sepanjang perbualan dengan Pak Zainal. Kehebatanya dalam menilai qualiti kopi dan jenis kopi adalah sesuatu yang begitu istimewa. Kata Pak Zainal ada dua jenis pokok kopi yang utama Robusta dan Arabika. Katanya lagi, Robusta ditanam di tanah rendah dan Arabika ditanam di tanah tinggi yang ketinggiannya lebih 800meter dari aras laut. Robusta rasanya lebih pahit manakala Arabika pula lebih aroma. Hasil robusta lebih banyak dari arabika tetapi harganya lebih murah. Robusta banyak dieksport ke Jepun dan Korea manakala Arabika dieksport ke Eropah. Kadungan kafein Robusta juga lebih tinggi sekitar 2.0% ke  2.5% tapi Arabika cuma 1.5% ke 1.8% shaja. Saya tidak melepaskan peluang untuk menghirup kedua dua kopi tersebut..memang umph...tanpa gula pun ok.. (hihihi.... tapi ilmu masih tak tinggi...macam sama je rasa..keduanya). Pak Zainal juga ada menghasilkan KOPI LUWAK (insyallah post akan datang akan diterangkan). Kopi yang kita minum di Malaysia Arabika atau Robusta ?? ataupun tempurung kelapa ????? heheheh...pahit semacam aje...wassalam...
Dari seremban hendak ke bangi
Rehat sebentar mengurut kaki
Berjalan seorang tak bawa isteri.
Insyallah tak cari cewek cuma cari kopi.
(orang rumah cayo tak agak eh....)
Huhuhu.....patun yg direka oleh suami.....

Sejarah Kopi

Kopi Muda
Assalamualaikum
Post yang lalu kisahnya seolah olah air kopi begitu asing dalam hidup saya dan juga orang Kg. Beting dan Kg.Senaling. Tetapi kalau diingat ingat sebenarya pokok kopi tidaklah begitu asing, malah pokoknya selalu ada (tanam atau tumbuh sendiri?) di pagar pagar kampung. Malah di rumah saya memang terdapat pokok kopi ni yang ditanam oleh arwah ayah. Apa gunanya pun masih tak faham. Apa yang saya ingat gigit, buang kulitnya dan hisap biji kopi tersebut lepas tu buang. Tidak pernah pulak tengok orang orang kampung petik dan process buat serbuk kopi. Apa yang jelas, cuma tempat anak anak bergayut sambil mengulum biji kopi yang sedikit terasa manis. Di tanah kebun ayah pun terdapat sebatang pokok kopi yang tumbuh di tepi pagar bersebelahan tanah Pak Itam Lohin. Tapi sayang tanah tu dah dijual 5 tahun yang lalu. Pokok kopi tu pun tak silap sudah tiada lagi.
 Post kali ini bukanlah nak menceritkan kisah pokok kopi yag sebatang tu tapi sebab dah menjadi pengemar kopi cuba cubalah tulis sejarah buah kopi dan air kopi..tak kenal maka tak cinta..kalau dah cinta........
Kopi Masak
Sejarah Pokok Kopi
(berdasarkan rujukkan di internet dan cerita cerita pengemar kopi)
Kopi dipercayai mula mula ditemui di Habshah sekitar tahun 700 masihi dan penanamannya mula berkembang di dunia Arab(Yaman-850 masihi). Pengembangan pesatnya bermula bila ia diseludup ke Belanda. Seterusnya berkembang ke Eropah(1616), India(1600), Indonesia(1699), Amerika(1723) dan Africa(1717). Asal nama kopi dari perkataan Turki iaitu "kahveh".Sehingga kini kopi penjadi perniagaan pertanian yang ketujuh besar di dunia. Antara penegeluar utamanya ialah Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan India.
 Sejarah Minuman Kopi
Bukti yang ada menunjukkan kopi mula diminum oleh orang Yaman sekitar kurun ke 15 dan seterusnya diperkenalkan ke India dan Eropah oleh pedagang Islam. Minuman kopi di Yaman dipopularkan oleh orang orang Sufi, sehinggakan Paderi Kristian pernah mengharamkan penggunaan kopi di kalangan penganutnya kerana ditakuti terpengaruh dengan fahaman Islam. Kopi juga pernah diharamkan pada zaman kerajaan Uthmaniyah di Turki atas sebab sebab politik. Orang orang Asia Tenggara pula mula kenal kopi bila Belanda datang menjajah Indonesia dan juga bila Perancis menjajah Indocina. Jadi begitulah hebatnya minuman kopi dalam membentuk masyarakat dunia. Jadi tak rugilah terlibat dengan minuman kopi kerana sebenarnya kita meneruskan amalan Sufi Yaman(amalan berzikir inprogress hihihi).. Itu kesimpulan yang saya buat sendiri...kalau setuju bolehlah ikut...
Kalau menebang sipohon jati
papan di Jawa dibelah sisi
kalaulah sehari tak minum kopi
umpama kereta tiada bateri...
hhihihhi....orang indon bilang ayuh ngopi yuk.....
sekian sehingga jumpa lagi...

Sejarah Kopi Dalam Hidup Den.....

Assalamualaikum....
            30 tahun yang lalu di kampung Botig dan Senaling nak tengok orang minum kopi pun susah. Sampai sekarang pun tak ramai yang minum. Majoriti dia orang minum teh. Seingat saya pertama kali tengok orang minum kopi di Kg. Inas, Johol (sekitar awal tahun 80an). Ikut Abah ada kenduri  di sana.... Bila tuang dalam cawan nampak hitam dan ada habuk habuk sikit...Abah kata air kopi....Cuba sikit perh!!! pahit....Terus tuang ke tanah...tengok dia orang selamba je minum.. Mungkin saya adik beradik dah terbiasa di rumah minum milo, manis dan enak, tapi kedua dua orang tua minum teh. Sebab apa beri anak minum milo? Mungkin terpengaruh dengan iklan TV, "minum milo badan jadi sihat dan kuat"...hhihih tapi tak kuat pun..... nanti tanya orang tua sebab sebenarnya.....insyallah
Tahun 2003 adalah tahun bermulanya saya boleh minum kopi walaupun tak kena dengan tekak tapi dah mula boleh telan. Mulanya terpaksa....
Kerana tahun itu suami saya mula berjinak jinak untuk membela kambing. Dia mencari pekerja Indonesia tanpa permit (murah sikit) di rumah kongsi Indon sekitar Kuala Pilah (gambar sebelah). Sebahagian besar dia orang ini datang secara haram dan bekerja sebagai penoreh getah ataupun memetik buah sawit. Saya mula kenal dengan Karso, Sutrisno, Sahida dan ramai lagi...Tak tahulah sekarang mereka semua dimana... (pemutihan cabut lari kot..) Setiap kali saya mengikut suami  ke rumah kongsi mereka...kopi lah hidangan istimewanya...Cawannya...hihihi....kalau cuci pun setakat kocak kocak dalam baldi aje....Tapi nak jaga hati telan aje lah...Kopi cap tupai dan kopi kapal api antara yang popular di kalangan mereka. Mula mula nak telan pun susah...secawan ambil masa sejam nak habis..tapi lama lama ok. Walaubagaimanapun tetap tak terniat langsung nak beli untuk minum di rumah ataupun hendak minum di kedai... Masih setia dengan MILO..... Disebabkan selalu minum kopi bersama akhirnya dua orang indon dapat abang saya pujuk dan lari dari tokehnya untuk bekerja dengan abang saya (ini kerja jahat jugak ni).Gaji rm400 dan makanan asas saya tanggung....termaksuklah kopi kapal api mereka. Ada kalanya bila dapat bonus samsung (setahun sekali je) abang saya belikan mereka AliCafe...ini lagi lumayan pak....AliCafe selaluya dia orang hidangkan bila saya dan abang  datang ke kongsi mereka...AliCafe lebih enak sebab 3in1....dari sini saya mencuba pulak IndoCoffe...Singsang kopi, white coffe dan banyak lagi...Rasa kopi mula sebati dengan lidah saya tapi untuk kopi di warung warung tetap tak boleh...tak sedap...tak tahulah dia orang pakai gred apa punya kopi...bau pun macam hangit...Tapi kalau di Kopitiam tu....hehehe 3 cawan pun boleh.....Dari sinilah mulanya dari benci menjadi rindu......
Rumah usang tepi perigi,
Tempat berteduh dimalam hari,
pahit dan hitam dulu ku benci,
Kini ku cari serata bumi....
Kopi secangkir pak......
 Insyallah post akan datang saya akan tuliskan mengenai kopi yang pernah saya cuba serta khasiat disebalik kehitaman kopi......insyallah

Jumaat, 10 Mei 2013

FAKTA MENOLAK AUTA....

Wahai Pemimpin..... tolonglah...jangan bodohkan Melayu.... 

PRU 13 baru saja berlalu....kemenangan berpihak kepada BN....walau kalah tetapi PR memperolehi undi popular melebihi BN....bermakna rakyat Malaysia ramai yg mengundi PR....

Seperti biasa, selesai sahaja PRU, banyak isu2 yang timbul seperti pengundi hantu, pengundi bangla, black out dan pelbagai tuduhan penipuan yang terancaang telah dilakukan oleh SPR seperti yang didakwa oleh pemimpin dan juga penyokong PR...Jika terdapat sebarang penipuan atau bantahan diharapkan ianya dapat disalurkan dengan cara yang betul mengikut undang2...

Satu isu yang sangat menarik perhatian saya ialah tentang isu perkauman....bukannya apa, sebagai seorang pendidik, isu ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keharmonian diantara satu kaum dengan kaum yang lain dimana saya sentiasa bergaul dengan kaum lain di sekolah yang terdiri daripada guru/pelajar cina dan india...di IPG yang terdiri dari rakan-rakan dan pensyarah yang berlainan bangsa. 

Saya telah ditanya tentang isu ini oleh rakan cina dan juga pelajar saya...perkaataan racist atau  bersifat perkauman sering meniti dibibir kebanyakkan rakyat malaysia kini...dalam laman sosial FB misalnya isu perkauman ini sedang hangat diperkatakan...seolah mengapi-apikan perpaduan kaum yang telah terjalin sekian lama.....

Untuk memperkataakan isu ini perlulaah mempunyai fakta yang lengkap...untuk itu saya mencari punca dimana mula isu perkauman dimainkan.....melalui pembacaan, dapat saya simpulkan isu perkauman ini mula dimainkan apabila DAP memperolehi kemenangan yang banyak dalam PRU 13.....

Sedih......apabila media elektronik dan media massa tidak melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka masih memainkan isu ini seolah-olah mencabar kaum cina...sehingga akhbar utama menuliskan tajuk dimuka surat utama ...Apa Yang Cina Mau.....Saya bukannya menyokong kaum cina tapi yang benar tetap benar yang salah tetap salah.....apatah lagi seorang bekas pelajar saya yang berbangsa cina yang mengambil jurusan perubatan bertanya tentang ini dan mengemukakan bukti2 yang beliau perolehi sepanjang PRU 13....ternyata kaum cina sebenarnya menyokong PK termasuk berkempen dan menyokong PAS......

Masalahnya......

Pemimpin .... buat cerita pada orang melayu terutamanya di kampung, sekarang ini bila DAP menang banyak, orang melayu terancam dan ahli Parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu...Aduhai pemimpin...tolonglah jangan bodohkan Melayu......memang kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP cuma  bertanding di kawasan Cina yang lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jadi jika DAP menang pun melayu tak akan berkurang dalam Parlimen Malah kemenangan Pakatan Rakyat dibeberapa tempat menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN....antaranya..

* Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

* Kesimpulannya :


Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya  bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
Ghani Othman bertanding di kawasan cina (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. DAP tak tolak Melayu tapi tolak BN.....

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni,  bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Melayu UMNO sokong MCA boleh tapi melayu PAS sokong DASP tak boleh......


Tolonglah kasihan pada orang melayu....Tolonglah pemimpin .... jangan bodohkan orang Melayu lagi....Tolonglah mereka....Mereka pun nak rasa, nak jadi pandai jugak......

Masih percaya dakyah pemimpin yang tak bertanggungjawab. Mereka  menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin itu sendiri......

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.


* Fakta tersebut saya petik dari  Ketua Penerangan PAS Pahang.

Jumaat, 5 April 2013

Menghabiskan sisa-sisa cuti...

Pakej 4 hari 3 malam....Felda Residence Sg. Klah, Camaron Highland, Kallie Castle, Kompleks Bersejarah Pasir Salak, Menara Condong Tlk Intan, Kelip-Kelip Kg. Kuantan, Bukit Malawati, Berkhemah di Pantai Kelanang Morib.....

Setelah habis kursus di IPG Temenggung Ibrahim dan balik ke seremban, keesokan harinya 22 Dis 2012 saya dan suami sepakat membawa anak-anak berjalan setelah sebulan setengah ditinggalkan di kampung bersama mak cik mereka. 

destinasi pertama selepas menghadiri majlis perkahwinan adik abang ipar di Tanjung Malim, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke utara ...belum ada perancangan yang tetap sebenarnya,..orang kata main terjah aje... 



































Jumaat, 22 Mac 2013

outdoor activity

Berkhemah

Sempena cuti raya cina tempohari,kami sekeluarga mengambil keputusan untuk aktiviti outdoor di Ulu Bendul. Anak-anak yang paling gembira bila ayahnya mencadangkan untuk berkhemah di Ulu Bendul....saya tidak begitu teruja...maklumlah org pompuan mana suka aktiviti2 sebegini...org pompuan lebih suka pergi ketempat2 yang dingin, nyaman dan selesa spt shooping kompleks...hehehehe....

Awal pagi lagi anak2 telah bangun dan bersiap sedia untuk pergi berkhemah.....sempat menghubungi  abg dan kakak sepupunya utuk turut serta..saya yang kurang teruja akhirnya mengakui bahawa aktiviti2 sebegini banyak manfaatnya kepada anak-anak. Mereka lebih berdikari dan bekerjasama selain merapatkan lagi hubungan kekeluargaan memandangkan 2 org anak tinggal di asrama.....tambahan pula kakak dan abg saya turut serta bersama dengan anak2 mereka.

Jauh dari hiruk pikuk kehidupan di bandar, digantikan dengan deruan air, kicauan burung2 dan segala macam hidupan dihutan menjanjikan ketenangan yang luar biasa.  Terasa seronok pula..... tapi bila hari semakin merangkak ke malam, mata pun susah nak lelap, perasaan takut mula menguasai diri...macam2 yang terlintas difikiran takut pokok tumbang dan menimpa kami, binatang buas, hantulah dan perkara yang bukan2 terlintas difikiran. Apa pun perkhemahan ini amat meyeronokkan dan anak2 meuntut lagi aktiviti sebegini pada masa cuti yang akan datang....